MENYELAMATKAN nyawa tiada kompromi. Moto ini pegangan setiap pengamal perubatan atau doktor. Saat menyelamatkan nyawa adalah masa-masa kritikal yang memperlukan tindak balas cepat dan betul (sifar kesilapan).
Pelatih perubatan dibimbing bukan hanya seorang doktor kanan akan tetapi mungkin lebih, dan mungkin juga termasuk doktor pakar.
Dalam masa yang ditentukan, bukan mudah “passing knowledge” kalau bukan menerusi latihan adaptasi “over the limit” untuk mempersiapkan pelatih daripada segi mental dan emosi agar mereka boleh mengadaptasi situasi kritikal.
Penulis bertanya sendiri dengan beberapa kawan pengamal perubatan termasuk doktor-doktor pakar, berkaitan isu buli yang dikatakan berlaku terhadap doktor-doktor pelatih.
Ringkasan temuan penulis, mana-mana doktor pelatih tidak melepasi “latihan adaptasi situasi kritikal” sepatutnya tidak layak sebagai pengamal perubatan, khususnya bidang-bidang kritikal seperti pembedahan.
Mereka yang “bising” dengan berbagai dakwaan, berkaitan bebanan tugas, adalah mereka yang tergolong kurang sesuai sebagai pengamal perubatan, walaupun mempunyai kelayakan baik daripada segi teori. Mereka kena faham, teori atau ilmu yang diperolehi menerusi ruang kuliah, ada lah berbeza dengan alam pekerjaan atau tugasan.
Pendek kata, mereka yang memilih bidang perubatan, tiada pilihan lain, melainkan perlu melalui dan melepasi orentasi kritikal untuk membolehkan mereka menjadi pengamal perubatan yang sepatutnya. Mereka yang melepasi latihan, bererti telah siap mental dan emosi sebagai pengamal perubatan atau seorang doktor.