Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRU-15: JIKA PBS BERTINDAK SOLO?

$
0
0
PARTI PBS adalah komponen Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama-sama Bersatu, STAR dan SAPP.

Matlamat penubuhan parti gabungan tersebut supaya semua parti komponen menggunakan logo yang sama.

Tersiar menerusi Daily Express pada Ahad, Presiden PBS dipetik sebagai berkata, berkemungkinan parti itu menggunakan logo sendiri seperti mana PRN-16 Sabah pada September, 2020.

Isu di sebalik tindakan parti tertua Sabah itu, sudah tentu ada kaitan pengagihan kerusi antara komponen parti, seperti mana berlaku pada PRN-16 Sabah.

Walaupun PBS adalah parti berbilang kaum, akan tetapi lebih dilihat sebagai parti KDMR, seperti juga STAR, sehinggakan pengagihan kerusi antara dua parti itu, seperti duri dalam daging.

Isu yang dihadapi PBS dan STAR, serupa juga antara Bersatu dan Umno. Isu kawasan yang ditandingi merupakan isu utama yang menjurus kepada masalah.

Untuk sementara, semua pemimpin parti yang terlibat dalam kerajaan GRS-BN, mencuba mengasingkan pendekatan antara peringkat negeri (hanya membabitkan DUN), dan pendekatan peringkat parlimen. Semua pemimpin cuba bermain dengan dua paras.

Menerusi pendekatan dua paras, para pemimpin ini juga beranggapan, para pengundi juga akan ikut sama? Atau kah pendekatan ini akan memakan diri sendiri kerana faktor kecelaruan, maka pengundi bertindak lain!!!.

Pendekatan berasingan antara parti yang menjadi anggota kerajaan negeri, kemungkinan berkesudahan, ada parti bakal membentuk kerajaan Persekutuan bersama-sama parti lain, ada parti bertindak sebagai parti pembangkang. Situasi ini lah sedang menghantui para pengundi. Tiada sesiapa yang bakal meramal, apa kah keputusan pengundi Sabah pada PRU-15, jika berhadapan dengan situasi, antara parti saling berlawanan.

Apa yang penulis nampak, jika parti-parti bergerak solo dan saling bertembung, maka visi utama parti-parti itu adalah untuk menyelematkan diri, kerana melalui kaedah itu memudahkan bagi parti masing-masing membuat keputusan, parti mana yang bakal disokong membentuk kerajaan Persekutuan.

Secara umumnya, pengundi Sabah, sudah maklum berkaitan permainan dua paras para pemimpin parti yang sedang bergabung memerintah Sabah. Tidak dapat dinafikan, para pengundi Sabah akan memilih parti yang homogen dengan Parti yang bakal membentuk Kerajaan Persekutuan, sebagai pemudah cara pengwujudan kestabilan politik dan kerajaan.

Tidak mustahil pada PRU-15, bakal terwujud semula parti dominan di Sabah, jika benar-benar berlaku, pertembungan antara satu sama lain. Sama-sama kita tunggu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808