Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

SOKONG PARTI BUKAN PEMIMPIN

$
0
0
MENTALITI sokong parti bukan pemimpin, yang dipegang teguh ahli dan penyokong tegar parti Umno sekian lama, kembali semula selepas goyah pada PRU-14.

Parti itu telah membuktikan pada PRN Melaka dan Johor, bahawa sokongan ahli dan penyokong tegar telah kembali. Impak sokongan tersebut, pertembungan tiga penjuru antara parti-parti besar, telah memberi kelebihan pada parti itu.

Pendekatan parti lawan yang menjadikan pemimpin parti itu yang tersenarai sebagai kluster mahkamah sebagai sasaran, tidak lagi menjadi faktor mengoyahkan sokongan ahli dan penyokong tegar parti itu. Bagi mereka, untuk apa membakar kelambu kerana seekor nyamuk.

Bagi ahli dan penyokong tegar, apapun pendekatan parti lawan, termasuk laporan-laporan media, pandangan pemimpin lain termasuk pemimpin luar negara berkaitan salah laku pemimpin “utama” parti itu, tidak berkesan, kerana bagi mereka, telah tertanam pada minda masing-masing, bahawa pemimpin yang tersenarai dalam kluster mahkamah, kerana perbuatan terancang untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin tersebut.

Jika parti-parti lawan, mahu menang pilihan raya, maka strategi di luar kotak perlu dipilih. Tanpa pendekatan demikian, mengulangi keputusan PRU-14, ibarat jauh panggang dari api.

Tidak dinafikan, semasa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhiyiddin, banyak membantu rakyat, akan tetapi jangan lupa, kerajaan tersebut juga dianggotai oleh pemimpin Umno, termasuk lah Perdana Menteri ke-9- YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Isu yang menyelubungi kepimpinan Muhiyiddin, beliau belum ada keupayaan mempengaruhi ahli dan penyokong Umno, walaupun jika dilihat daripada sokongan kaum melayu, sokongan terhadap parti yang beliau pimpin, mengekori rapat sokongan pada parti berlambang keris tersebut.

Tersangat ketara, jika pada PRU-15, masih berlaku pertembungan tiga penjuru, maka Putrajaya bakal diduduki parti Umno, manakala parti-parti yang biasa menjadi pembangkang, akan kembali sebagai parti pembangkang, entah sampai bila...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808