KEGAGALAN pemimpin tertentu menterjemahkan sokongan pengundi pada sesebuah parti semasa pilihanraya, wajar dijadikan pedoman pada pilihanraya akan datang.
Wakil rakyat yang mewakili sesebuah parti yang diberi mandat oleh rakyat jangan berlaku hanya fokus pada kawasan atau pengundi yang diwakili.
Mereka ini perlu memahami tidak mungkin sesebuah kawasan boleh menubuhkan kerajaan, sebaliknya, perlu sokongan kawasan-kawasan lain.
Mereka ini juga perlu memahami bahawa hanya sebahagian sahaja dilantik sebagai anggota kabinet atau pengerusi syarikat berkait kerajaan.
Mereka yang diberi peluang menduduki sesebuah jawatan perlu memahami bahawa kedudukan mereka itu perlu melayani semua rakyat, bukan khusus untuk kawasan yang diwakili.
Demikian juga perlantikkan jawatan-jawatan politik pada sesebuah kementerian atau agensi kerajaan, tidak hanya diberikan pada mereka yang sedaerah dengan pemimpin tersebut, atau sesuku akan tetapi meliputi semua suku kaum termasuk juga latar belakang agama.
Ada lah menjadi cabaran pada rakyat untuk membuat keputusan pada sebarang pilihanraya, bahawa parti yang membentuk kerajaan, para pemimpin parti itu berkhidmat untuk semua rakyat rentas sukuan, agama dan daerah.
Penulis suka memberi ingatan, jika apa yang ditulis berlaku, maka belum terlambat untuk membetulkan keadaan, agar tiada sesiapa tercatit dalam ingatan rakyat, hanya memberi perkhidmatan dalam lingkaran sempit, yang berbau “kita-kita sahaja”.