Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

POIC PANDANGAN JAUH ERA MUSA

$
0
0
Datuk Seri Hajiji dan TS Musa
KERAJAAN Sabah era kepimpinan Datuk Seri Musa Aman (kini Tan Sri) melancarkan POIC pada tahun 2005, dua tahun selepas dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Matlamat utama POIC adalah mengambil peluang industri hiliran berkaitan kelapa sawit yang dijangka berkembang maju.

Sebagai permulaan, pusat itu disediakan dengan 5,000 hektar tanah untuk mengembangkan operasinya.

POIC pada hakikatnya mempunyai matlamat serampang dua mata, selain kemudahan industri kelapa sawit di pantai Timur Sabah, akan tetapi mengambil peluang pesatnya peluasan ladang kelapa sawit di kawasan Kalimantan Indonesia.

Sebagai perbandingan, pada tahun 2020 sahaja, keluasan ladang kelapa sawit di Kalimantan adalah 13 juta hektar, beranding Malaysia secara keseluruhan 5.8juta hektar, daripadanya 1.7 juta hektar berlokasi di Sabah.

Industri kelapa sawit memerlukan jalinan pengangkutan, khususnya pelabuhan. Oleh kerana kemungkinan besar, hasil kelapa sawit daripada negara jiran, akan menggunakan kapal laut untuk mengangkut, maka POIC dilengkapkan dengan pelabuhan yang berkedalaman lebih 20 meter yang memungkinkan kapal besar berlabuh. Di Negara jiran, jika adapun pelabuhan seumpama itu, akan tetapi terletak jauh daripada kawasan peladangan, selain kapasiti pelabuhan yang tidak dapat menerima kapal besar untuk berlabuh,kerana tidak mempunyai kedalaman yang mencukupi.

Di masa-masa akan datang, tidak dinafikan, syarikat peladangan Indonesia akan menggunakan pelabuhan yang terletak di POIC untuk mengangkut minyak kelapa sawit, apa tah lagi, Kalimatan bakal terletaknya IBU NEGARA Indonesia yang baru- NUSANTARA.

POIC kini semakin membuahkan hasil. Kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang juga mantan anggota kabinet era Tan Sri Musa, bukan sahaja mengembangkan POIC, akan tetapi membuka seluas mungkin peluang-peluang perniagaan untuk memanfaatkan kemudahan tersebut.

Kemasukan pelaburan ke Sabah sebaik sahaja kerajaan GRS-BN Sabah mengambil alih setakat tahun 2022 telah mencecah RM20bilion, termasuk untuk kawasan POIC. Jumlah pelaburan tersebut dijangka terus meningkat, sesuai dengan pendekatan kerajaan negeri yang mesra dengan pelaburan asing.

Kerajaan Sabah menerusi visi Sabah Maju Jaya (SMJ) mempunyai matlamat besar bagi rakyat negeri,khususnya mengubah status 8 daerah yang disenaraikan sebagai daerah miskin di Sabah.

Mengubah daerah-daerah miskin, yang termasuk juga penduduknya, kerajaan negeri perlu industri berdaya maju, selain untuk menambah perolehan negeri, juga membuka peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan. Hanya menerusi aktiviti ekonomi sahaja, boleh mengeluarkan rakyat yang terkategori miskin.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808