Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

1 SYAWAL 1443 H SEPERTI JUGA DUA TAHUN LALU

$
0
0
KEBIASAAN rumah terbuka 1 Syawal terhenti untuk sementara waktu apabila pandemik Covid-19 melanda negara dan dunia sejak tahun 2020.

1Syawal 1443H, walaupun fasa peralihan ke endemik bermula pada 1 April, akan tetapi masih ramai yang tidak mengambil risko mengadakan rumah terbuka.

Kerajaan Negeri Sabah telah awal-awal lagi membuat pengumuman, bahawa tiada rumah terbuka anjuran kerajaan, melainkan sambutan hariraya hanya untuk jemputan sahaja diadakan pada 7 Mei, di SICC, Teluk Likas Kota Kinabalu.

Oleh kerana sambutan tersebut bersifat jemputan, maka orang ramai tiada peluang menghadirinya, tidak seperti mana rumah terbuka sebelum pandemik Covid-19, yang dihadiri segenap lapisan masyarakat rentas agama dan latar belakang.

Pandemik Covid-19, sebenarnya menghalang kebiasaan manusia, termasuk dalam beribadat. Selain itu, virus itu juga, mengajar manusia mengelompokkan manusia lain dengan manusia lain. Impak ini lah yang “mungkin” kita kurang sedari, sehinggakan “kita” macam tiada daya mengubah dan mengatasinya.

Tujuan rumah terbuka, bagi orang biasa, adalah memberi peluang sahabat handai berkunjung, selain mengeratkan silaturahim, manakala bagi kerajaan atau pemimpin pula membuka peluang kepada rakyat bersilaturahim dengan pemimpin, kerana itulah makna pada seorang pemimpin, dapat berjumpa seramai mungkin rakyat yang dipimpin. Namun, kerana risko virus covid-19, memaksa penganjur yang dihadiri pemimpin, untuk mereka yang dijemput sahaja, kerana mereka yang dijemput, dijangka tidak membawa kemudaratan, kerana “bebas” daripada virus, kerana tahu menjaga kesihatan diri.

Mungkin, apabila virus covid-19 telah bertukar pada endemik, rumah-rumah terbuka anjuran pemimpin atau kerajaan, akan diadakan semula. Sama-sama kita nanti Hariraya akan datang...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808