TIADA mana-mana pihak di negara ini sebelum melihat anak bulan 1 Syawal pada petang 1 Mei, mencatit bahawa 1 Syawal 1443 Hijrah akan jatuh pada 2 Mei, 2022, melainkan esok 3 Mei.
Semalam, anak bulan 1 Syawal dapat dilihat oleh manusia, maka hari ini adalah Hariraya bagi umat islam di Malaysia.
Isu di sini, bukan kerana pengistiharan hariraya, akan tetapi, bagai mana kebanyakan rakyat negara ini “kelam kabut” menyambutnya, kerana terperangkap dengan ramalan. Rakan-rakan yang menghantar mesej menjemut datang ke rumah pada hariraya pertama (3 mei), terpaksa menghantar mesej semula mohon maaf, dengan menyatakan jemputan tetap “on” akan tetapi pada raya hari ke-2.
Kerana terperangkap tersebut, mereka yang bercadang bertakbir di masjid-masjid atau surau dikampung halaman bersama sanak saudara se kampung, terpaksa menerima hakikat, bertakbir raya dalam perjalanan.
Kelam kabutnya penganut agama islam, bukan sahaja berkaitan penyediaan juadah untuk santapan di pagi raya, akan tetapi ramai rakyat beraya dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing.
Bagi mereka yang terpaksa membayar tikit penerbangan mahal sehari sebelum raya, termasuk yang terkesan kerana hasrat beraya dengan ibu bapa dan sanak saudara pada 1 syawal tidak kesampaian.
Sebelum ini, sebelum adanya tekonologi ramalan atau pengiraan yang dikatakan tepat dan canggih, mereka yang menyambut 1 Syawal sudah mengambilkira plus minus, boleh awal sehari, boleh juga tidak, sebab itu, tidak berlaku kelam kabut. Berbeza dengan pendekatan baharu ini, yang didapati “tepat” untuk beberapa 1 Syawal yang berlalu, akan tetapi TIDAK bagi kali ini. Sebenarnya, kalau memandingkan,mana yang tepat antara cara lama dan baru, tiada siapa yang dapat memperakuinya, melainkan yang tepat itu, adalah pada hari ditetapkan melihat anak bulan 1 Syawal.
Pengajaran 1 syawal 1443H, kemungkinan besar umat islam negara ini tidak lagi sepenuhnya bergantung pada ramalan awal, sebaliknya kembali pada kebiasaan yang telah berdekad diamalkan, yakni menunggu hari melihat anak bulan.
BLOGGER Apa Yang Tersirat (Suara Rakyat) ingin mengucapkan Selamat Hariraya pada semua umat islam dan pembaca blog ini. Maaf Zahir dan Batin.