Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

ISU JAMBATAN GANTUNG PUTUS DI SEBUAH KAMPUNG DI DAERAH NABAWAN

$
0
0
TIMBALAN Menteri Pendidikan II Persekutuan dalam satu kenyataan, isu jambatan gantung putus di sebuah kampung di Daerah Nabawan, bukan di kawasan sekolah, sebaliknya jambatan putus itu adalah jalan pintas menyeberang pada sebuah kampung yang terletak di seberang sungai.

“Zipline” dan “flying fox” yang dinaiki murid sekolah, sebenarnya bukan untuk kegunaan murid-murid tesebut, sebaliknya untuk digunakan mengangkut barang bantuan kepada penduduk. Namun, murid-murid yang didapati menaikinya, naik hanya untuk tujuan suka-suka, akan tetapi mengundang berbagai persepsi, bagi mereka yang tidak mengetahui kedudukan sebenar.

Apabila melihat, video viral yang melibatkan murid-murid tersebut, penulis teringat semasa masih berstatus murid pada tahun 60-an. Keadaan sama berlaku, malah penulis sendiri bukan sekali, akan tetapi beberapa kali jatuh ke dalam sungai, bersama buku-buku yang dibalut dengan plastik kedap air. Pada masa itu, menyeberang sungai, hanya menggunakan titian bambo, kerana kadang kala bambo reput,maka patah di separuh jalan. Akan tetapi, persediaan untuk berenang ke tepi, menang pun siap sedia, kerana hanya berkaki ayam, jadi memudahkan untuk berenang. Jika masa itu ada media sosial, sudah tentu gambarannya lebih teruk berbanding dengan apa yang ada di kampung Nangkakawang, Nabawan.

Melihat keadaan di perkampungan tersebut, seolah-olah, seperti pada tahun 60-an. Penulis tidak terbayangkan bagaimana murid-murid yang menggunakan silibus yang sama dengan mereka yang mempunyai fasilitas yang lengkap dapat bersaing. Keadaan yang ada di Nabawan tersebut, sebenarnya membuka mata semua pihak, sementara majoriti rakyat menikmati kemajuan fasilitas bertaraf dunia, masih ada rakyat yang masih langsung tidak menikmatinya.

Kerana kemudahan internet, rakyat yang mengupload aktiviti masing-masing dimedia sosial, termasuk majlis iftar di hotel-hotel 5 bintang, dapat diakses di kawasan seperti itu, bayangkan perasaan mereka yang tidak pernah menikmatinya, sedangkan daripada segi hak, mereka juga berhak mendapatkannya.

Kawasan pedalaman seperti Nabawan, adalah kawasan yang kaya dengan sumber semulajadi suatu masa yang lalu, terutama kayu-kayan. Ke mana kah hasil sumber daerah tersebut di simpan? Bukan rahsia, mereka yang mendapat kawasan balak di kawasan tersebut, sehingga kini masih kaya raya, malah mereka yang pernah menjaga kawasan hutan juga mendapat tempias, dan hidup mewah. Malangnya, penduduk kawasan tersebut, ditinggalkan habis manis sepah dibuang, mereka ditinggalkan dengan jalan-jalan balak, termasuk ancaman banjir, kerana pokok-pokok besar yang boleh menghalang aliran air tiada lagi, sehingga menghanyutkan apa yang menghalang aliran termasuk jambatan dan jambatan gantung.

Keadaan di Nabawan, hanya the tip of the iceberg, kerana masih banyak kawasan seumpama itu terdapat di Sabah.

Hujah berbagai pihak kerana Sabah itu terlalu luas, sementara penduduknya menyebar tidak merata, maka sukar menyediakan kemudahan asas. Argumentasi itu memang benar, akan tetapi, jika dilihat daripada sumber semulajadi Sabah, maka kata orang hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Kerajaan Sabah hanya terfikir berkaitan kemajuan bermula pada tahun 90-an, malangnya, pada masa itu sumber semulajadi seperti kayu balak, semakin merosot. Kerana kemerosotan tersebut, maka perekonomian negeri kembali pada perladangan, khususnya kelapa sawit. Memandangkan kawasan tanah terhad, maka perekonomian Sabah dipacu dengan industri lain, iaitu pelancongan yang memanfaatkan pula fauna dan flora, serta bentuk bumi negeri, termasuk pergunungan dan lautan.

Tahniah era kempimpinan Datuk Musa Aman (kini Tan Sri) yang berpandangan jauh, yang menjadikan sumber semulajadi Sabah sebagai sumber pendapatan, bukan melalui penembangan, akan tetapi dinikmati dengan mata apabila menjadikan berjuta hektar hutan sebagai hutan simpan yang tidak boleh ditebang. Jika lah, kawasan hutan di Nabawan, tidak ditebang, sudah tentu ancaman banjir tidak mengancam penduduk, termasuk menghanyutkan kemudahan yang telah dibina.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808