Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

10 DAERAH INI TERMISKIN DI MALAYSIA- 8 DI SABAH

$
0
0
MEMANG Sabah gembira menerima 4.7 kali ganda Pemberian Khas Persekutuan pada Sabah pada tahun 2022, daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta. Pertambahan tersebut lebih 2 kali ganda diberikan Persekutuan semasa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Sabah masa ditadbir sekutu Kerajaan PH- Kerajaan Parti Warisan.

Tindak balas kerajaan GRS-BN Sabah terhadap kenaikkan pemberian tersebut, Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengumumkan, kerajaan akan membina 1,500 Rumah Mesra SMJ (dulu dikenali sebagai rumah PPRT) yang tersibar di 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tindakan kerajaan ini, berpaksi pada pentingnya Keluarga Sabah yang tergolong kurang mampu dan tidak berumah, memiliki rumah sendiri. 

Keputusan kerajaan ini, adalah sebahagian daripada usaha berterusan membantu mereka yang tidak bernasib baik.

Pun demikian, usaha seperti ini, hanya sebahagian kecil daripada isu yang melanda keluarga Sabah yang berada di 8 Daerah yang tersenarai sebagai daerah termiskin di negara ini.

Melihat pada infografik yang diekstrak daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, tahun 2020, daripada 10 daerah termiskin di Malaysia, 8 berada di Sabah.

Kemiskinan adalah isu degil yang tidak dapat dielak, jika faktor-faktor yang membantu mengatasinya tidak tersedia. Semua pihak bersetuju, kemiskinan dapat ditangani menerusi aktiviti ekonomi, lapangan pekerajaan atau sumber pendapatan. Tanpa dua faktor tersebut, rakyat yang mendiami daerah yang dimaksudkan, akan sentiasa diberi ikan, bukannya diberi kail untuk meneruskan kehidupan.

Daripada 8 daerah di Sabah itu, hanya Kota Belud dan Kudat tidak kaya dengan kayu balak, manakala 6 yang lain, ada sumber kayu kayan lebih 60 tahun yang lalu. Jika Kota Belud dan Kudat tersenarai, dapat difahami, kerana dua daerah itu, merupakan kawasan pertanian dan perikanan, yang sangat bergantung pada musim. Selain itu, sistem pertanian atau perikanan masih bersifat tradisonal, yang masih bersifat sara diri, bukan komersial.

Hari ini, 30 April, 2022, penulis terbaca update Ketua Menteri Sabah, berkaitan 10 kampung diilih bagi tujuan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM)  seperti tangkapan skrin FB Ketua Menteri.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808