Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

DI SEBALIK KEGAGALAN MEMUSNAHKAN UMNO

$
0
0
TIGA rekod Tun Dr Mahathir dalam politik yang akan terus dikenang- Menerusi Umno menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun; Bersama Pakatan Harapan (PH) berjaya menumbangkan Umno/BN, dan gagalnya memusnahkan Umno.

Pada hari ini rakyat negara ini sedang menyaksikan, parti yang mahu dimusnahkan bangkit semula.

Bangkitnya Umno dengan cepat, berpunca daripada tindak tanduk dan kelemahan mereka yang mahu memusnahkan parti itu, bukannya didasarkan pada kekuatan pemimpin parti itu, kerana masih dipimpin oleh para pemimpin yang sama, para pemimpin yang menyebabkan Umno/BN kehilangan kuasa pada PRU-14.

Mereka yang mahu memusnahkan Umno perlu mengakui bahawa kegagalan mereka, kerana hawa nafsu dan niat yang rakus dan jahat, bukan untuk rakyat dan negara secara keseluruhan. Kerana tindakan demikian, Umno dibantu “kuasa” untuk bangkit semula, walaupun masih dipimpin oleh mereka yang ditolak rakyat, malah sesetengahnya terpalit dengan imej moral, termasuk didapati bersalah oleh mahkamah, ada yang masih dibicarakan.

Langkah Sheraton, adalah sebahagian penyebab bangkitnya semula Umno/BN. Langkah yang tidak pernah terlintas pada pemikiran sesiapapun sebelumnya. Selain itu, kebangkitan Umno dipancu menerusi Muafakat Nasional (MN) bersama parti PAS.

Umno dibantu “kuasa” yang menjadi penyebab punca para pemimpin PKR, DAP dan Amanah gagal menterjemahkan gerakan disebalik menerima beramai-ramai wakil rakyat dan pemimpin Umno ke dalam parti Bersatu, yang bervisi, hanya cara itu boleh melumpuhkan parti itu, dan hanya menerusi kaedah itu, wakil rakyat dan pemimpin parti itu “terpancing” keluar daripada parti mereka;

-Tersalah anggapnya para pemimpin PKR, DAP dan Amanah terhadap parti Bersatu yang mana menurut mereka mahu menjadi abang besar atau parti dominan dalam Pakatan Harapan (PH);

-Syarat penyertaan mantan-mantan pemimpin atau wakil rakyat Umno ke dalam parti Bersatu yang tidak serta merta, sebaliknya perlu menunggu tempoh tertentu;

-Tun menolak menerima pemimpin tertentu daripada Umno;

- Tiadanya keterbukaan Parti Bersatu terhadap pemimpin Umno;

-Tun lari daripada visi awal, sehinggakan mendahului kuasa Tuhan, dengan beranggapan bahawa kerajaan PH akan kekal dalam masa lama;

-Sebahagian pemimpin PKR, DAP dan Amanah gagal membaca pendirian sebahagian pemimpin Bersatu dan PKR, yang tidak boleh menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri;

-Kesilapan sebahagian pemimpin PKR yang mendesak Tun memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedangkan visi Tun belum tercapai, iaitu melumpuhkan parti Umno.

Selain itu gagalnya pendekatan menghancurkan Umno dengan memalitkan beberapa pemimpin parti itu dalam kluster mahkamah, atas sebab ahli dan sebahagian besar pemimpin parti itu bertekad, untuk apa membakar kelambu kerana hanya seekor nyamuk.

Dalam senario sekarang, menghalang bangkitnya Umno, sukar dibendung lagi. Parti-parti yang menghalang parti itu bangkit, terpaksa melupakan hasrat tersebut, seperti mana pandangan Nurul Izzah Anwar, bahawa PH atau parti pembangkang memerlukan, sekurang-kurangnya dua PRU lagi.

Melihat kecenderungan tersebut, para mantan pemimpin Umno yang terpancing keluar daripada parti itu, dan kini bersama Parti Bersatu, bukan sahaja perlu menyesuaikan dengan keadaan, akan tetapi perlu bertindak dengan arus yang sedang berlaku.

Di Sabah, pemimpin parti itu melangkah lebih ke hadapan, menerusi penubuhan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Menerusi gabungan ini, pemimpin masing-masing parti yang menjadi komponen, fokus untuk menjadikan gabungan tersebut sebagai entiti tunggal, mewakili rakyat Sabah.

Melihat senario politik tanah air pada hari ini, masing-masing wilayah akan mempunyai parti tunggal, iaitu, di Sarawak menerusi Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS), di Semenanjung Barisan Nasional (BN) dan di Sabah menerusi GRS.

Di Sabah agak unik sedikit, kerana kerajaan kemungkinan akan terus dikongsi antara GRS dan BN Sabah. Dalam senario politik sekarang, baik GRS mahupun BN Sabah, perlu terus menjalin kerjasama, kerana itu lah aspirasi rakyat Sabah. Para pemimpin Umno Sabah tidak boleh mengikut kencenderungan di Semenanjung, yang berkerat rotan berpatah arang dengan Bersatu, kerana politik Sabah berbeza, kata peribahasa- lain padang lain belalang.

Para pemimpin Umno Sabah dan Bersatu Sabah, perlu melihat pada kecenderungan rakyat Sabah, dan perlu bertindak berasingan dengan pendirian parti masing-masing di peringkat pusat. Melawan kecenderungan rakyat Sabah, akan membawa padah.

Apa yang pasti, mereka yang sebelumnya mahu memusnahkan Umno, perlu menerima hakikat, bahawa mereka gagal sepenuhnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808