BAYANGKAN berapa ramai pelajar boleh ditaja dengan peruntukan RM1.73 juta yang diberikan pada Majlis Belia Sabah (MBS) untuk program kesedaran dadah.
Kerana najis dadah, maka menjadi beban kewangan negeri. Najis dadah adalah perniagaan cepat bagi pihak-pihak tertentu mendapatkan wang dan kemewahan. Tanpa mereka ini, kemasukkan dadah dalam negeri tidak akan berlaku.
Selain itu, pihak-pihak tertentu yang menjadi dalang, termasuk di pintu-pintu masuk baik yang haram mahupun yang rasmi, adalah punca, mengapa kemasukkan dadah ke negeri ini tidak dapat dibendung.
Kesadaran berkaitan dadah, tidak akan berjaya, kerana sifat yang ada pada “najis” tersebut yang menyebab ketagihan. Rekod menunjukkan, penagihan dadah, meliputi semua lapisan masyarakat, yang membawa pengertian, bahawa penagihan dadah, bukan berpaksi pada kesadaran akan tetapi lebih kepada gaya hidup, dan kecenderungan bersosial.
Bukan sedikit kewangan yang digunakan membenteras najis dadah dalam negara, selain hukuman mati pada mereka yang terlibat pengedaran, pun demikian pengedaran najis itu berterusan. Apa yang membimbangkan, penagih-penagih baru terus muncul, walaupun berbagai kempen yang menelan kos besar terus dilaksanakan.
Ketersediaan kerajaan memberi peruntukan untuk program-program kesadaran berkaitan najis dadah, seolah-olah menjadi sebahagian daripada program kerajaan, yang mana sepatutnya, program seumpama itu, tidak perlu wujud, jika semua pihak tahu impilkasi pengambil dadah, kerana ianya telah diajar sejak di bangku sekolah lagi. Di sekolah-sekolah, bukan sahaja ada lambang di larang merokok, juga ada papan tanda berkaitan bahayanya NAJIS DADAH. Malangnya, mereka yang menagih dadah, bukan kerana mereka tidak tahu berkaitan kesan najis tersebut, akan tetapi, menganggap penagihan sebagai jalan keluar dan bebas daripada masalah peribadi atau ada yang menganggapnya sebagai “lifestyle” dalam bersosial.
Bagi penulis, peruntukan untuk program kesadaran berkaitan najis dadah, menghalang program-program yang memberi manfaat lebih besar pada rakyat secara umumnya. Najis dadah tidak boleh dibendung hanya menerusi kesadaran, akan tetapi menghapus peniaga yang mendalanginya. Boleh kah??? Fikir-Fikirkan.