Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

20 KETUA ISI RUMAH (KIR) BAKAL PEROLEH RUMAH MESRA SMJ SETIAP DUN SABAH

$
0
0
20 Ketua Isi Rumah (KIR) bakal bernasib baik mendapat Rumah Mesra SMJ di setiap DUN Sabah.

Ketua Menteri- Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengumumkan berita baik itu dalam Majlis Berbuka Puasa Pimpinan BERSATU Negeri Sabah pada Rabu, di Kota Kinabalu.

Di 73 DUN Sabah, akan dibina 1,500 rumah mesra SMJ. Peruntukan untuk membina rumah-rumah tersebut diperolehi daripada Pemberian Khas Persekutuan bagi Sabah bagi tahun 2022 yang berjumlah RM125.6 juta.

Jumlah 20 rumah bagi setiap DUN, mungkin sebagai permulaan, kerana jumlah rumah seperti itu masih jauh daripada keperluan rakyat tidak berumah.

Untuk sementara, belum diumumkan syarat-syarat memperolehi rumah tersebut. Kemungkinan syarat-syarat itu cukup ketat termasuk tapisan, memandangkan jumlahnya yang sangat terhad.

Rumah-rumah seumpama ini perlu dibina di masa hadapan, agar setiap KIR tidak berumah, mempunyai rumah sendiri. Selain itu, ianya sebagai kaedah menghalang pembinaan rumah-rumah setinggan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808