Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

JALAN TERUK SABAH

$
0
0
ADUN NABAWAN
HIGHLIGHT jalan teruk di Sabah, bukan sahaja dikongsikan oleh media bercetak tempatan, akan tetapi juga oleh mereka yang terkesan menerusi media sosial.

Jalan teruk atau jalan tidak memenuhi piawaian sebagai jalan atau dengan kata lain jalan balak, sudah sinonim di kawasan-kawasan pedalaman Sabah atau kawasan-kawasan yang jauh daripada pekan atau bandar.

Topografi Sabah yang berbukit bukau, juga mempengaruhi demografi, yang ditandai adanya rakyat atau penduduk tinggal jauh daripada pusat-pusat pentadbiran. Pengelompokan penduduk ini, sangat berkait rapat dengan sumber kehidupan seperti pertanian berpindah randah, yang kemudiannya menetap di kawasan-kawasan tersebut, yang mana awalnya, tidak pun digazetkan sebagai perkampungan.

Semasa kerajaan Barisan Nasional yang diterajui Datuk Seri Musa Aman (kini Tan Sri) telah memperkenalkan Geran Komuniti, bagi kawasan-kawasan seumpama ini, matlamatnya, selain kawasan tersebut boleh dimajukan, juga pembinaan kemudahan asas seperti jalan raya luar bandar (JRLB), Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), akan tetapi, ramai penduduk menolak pendekatan seumpama itu, kerana tidak mahu berkongsi dengan pihak lain bagi kawasan-kawasan tanah adat. Diperburuk lagi, geran komunal telah dibatalkan semasa pemerintahan Parti Warisan (Mei, 2018-Ogos,2020).

Kini, penulis terbaca lagi berkaitan laporan jalan teruk, termasuk jalan terputus kerana jambatan rosak dihanyutkan banjir, di kawasan Nabawan. Pihak yang membuat laporan, hanya menekankan sisi buruknya, seolah-olah kerajaan lepas tangan, akan tetapi laporan berkaitan keenggan penduduk menerima kemajuan tidak dibangkitkan.

Laporan seumpama itu, bukan sahaja cuba memalitkan imej negatif pada kerajaan hari ini, akan tetapi wakil rakyat yang mewakili kawasan tersebut.

Kata peribahasa, di mana ada gula di situ ada semut. Makna peribahasa itu, jika sesuatu kawasan atau daerah ada aktiviti ekonomi, maka dengan sendirinya kemajuan akan sampai ke kawasan tersebut, seperti pembinaan jalan raya. Jika kawasan-kawasan yang dimaksudkan, terlalu kurangnya aktiviti ekonomi, jika jalan perhubungan dibinapun, akan rosak dengan sendirinya jika tidak adanya penyelenggaraan, sebagai akibat, jarang dilaluinya jalan tersebut.

Penulis yakin, menerusi Kerajaan GRS-BN Sabah, kemajuan kawasan-kawasan seumpama ini, akan menjadi keutamaan, memandangkan sumber kewangan negeri semakin meningkat, baik melalui kutipan cukai dan royalti petrolieum, juga pemberian khas Persekutuan pada Sabah semakin meningkat.

Kawasan Nabawan misalnya, selain diwakili Datuk Abdul Ghani Yassin, juga diwakili Timbalan Menteri Kerjaraya Persekutuan- Datuk Arthur Kurup.

Apa yang diperlukan, adalah jika ada rancangan kerajaan memajukan kawasan, rakyat atau penduduk kena menyokong, bukan sebaliknya, atas sebab kemajuan itu tidak boleh datang bergolek, tidak boleh dilaksanakan dalam masa singkat, akan tetapi memerlukan masa dan proses yang lama.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808