UMNO mengambil peluang empat keadaan- pengundi pasif atau atas pagar segan menunaikan hak demokrasi, bersemengatnya penyokong tegar atau hardcore parti dan semua parti lawan dalam keadaan lemah, serta sistem First Past The Post yang digunapakai dalam demokrasi negara.
Umno telah buktikan pada PRN Melaka dan Johor, keempat-empat faktor tersebut bukan sahaja pendorong kejayaan, akan tetapi merupakan penentu kemenangan.
Empat faktor tersebut pada masa sekarang, sedang berpihak pada parti itu.
Pada asasnya, Umno ada pelaung membubarkan parlimen untuk memberi laluan PRU-15, kerana Perdana Menteri daripada parti itu.
Seperti mana berlaku pada PRN Johor, Umno secara unilateral memohon Sultan Johor membubarkan Sidang DUN negeri tersebut.
Demikian juga, jika Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno memohon perkenanan daripada Yang DiPertuan Agong (YDPA) untuk membubarkan parlimen, dengan memberi sebab-sebab yang boleh diterima Agong.
Memang agar rumit bagi Perdana Menteri untuk memohon membubarkan parlimen, jika memberi alasan demi kestabilan, kerana kerajaan yang beliau terajui bukan sahaja stabil, malah disokong oleh pembangkang.
Pembangkang, selain memegang teguh pada perjanjian dengan Perdana Menteri yang ditandatangi pada September tahun lalu, bahawa parlimen jangan dibubar sebelum 31 Julai 2022, malah pembangkang juga mencadangkan agar MOU kali ke-2 diadakan, sehingga tamat penggal Parlimen ke-15, iaitu pada pertengahan tahun 2023.
Akan tetapi, jika Perdana Menteri berpendirian seperti Datuk Hasni Mohammad, mantan MB Johor ke-18, tidak mengambil kira sokongan pembangkang, sebaliknya mahu kerajaan yang dibentuk secara solo tanpa sokongan atau ikhsan parti lain, maka Datuk Seri Ismail Yaakob perlu berani melanggar perjanjian tersebut, demi parti sendiri.
Menerusi keberanian tersebut, maka beliau dengan sendiri sanggup menjadi lilin untuk membuka peluang pada pemimpin lain mengambil alih jawatan Perdana Menteri seperti mana berlaku di Johor.
Sudah menjadi kelaziman bagi Umno, apabila parti itu menang pilihan raya, ketua parti akan dilantik Perdana Menteri atau Menteri Besar. Akan tetapi di peringkat negeri, tidak semestinya demikian, kerana telah terbukti di Terengganu dan Johor. Di peringkat Persekutuan, belum berlaku lagi, pada keadaan Umno mempunyai kerusi terbanyak.
Di atas kertas, jika PRU-15 diadakan sebelum pemilihan Umno, maka Presiden parti yang ada sekarang, dicadangkan sebagai Perdana Menteri.
Di peringkat parti, secara umumnya, mahukan PRU-15 sesegera mungkin, atas sebab tidak mahu terlepas peluang keemasan..