SEMPENA PRU-15 yang hanya melibatkan kawasan parlimen di Sabah, walaupun Umno Sabah berusaha untuk tidak bertembung dengan rakan-rakan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), akan tetapi jika pucuk pimpinan pusat parti itu bertindak berlainan, maka Umno Sabah tiada pilihan melainkan akur.
Sebelum ini, semasa PRN-16 Sabah, jika diikutkan keputusan pimpinan pusat, Umno tidak berkerjasama dengan mana-mana parti, melainkan bergerak solo dengan lambang Barisan Nasional (BN), namun, Umno Sabah mengunakan status autonomi, dengan mengadakan persefahaman antara parti-parti menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Menerusi persefahaman tersebut, gabungan tersebut berjaya mendapat mandat rakyat Sabah untuk menubuhkan kerajaan.
Oleh kerana PRU-15 membabitkan seluruh kawasan parlimen, dan kaedah untuk menentukan Kerajaan Persekutuan, maka diperkirakan Umno bersama BN akan bergerak solo termasuk Sabah, kecuali Sarawak yang akan bersandarkan pada Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS).
Umno atau BN mahu menggunakan PRU-15 bukan sahaja untuk membentuk kerajaan Persekutuan, akan tetapi mahu menang sebanyak mungkin kerusi, sebagai jaminan kestabilan.
Bagi Umno/BN selain kerusi-kerusi tradisi di Semenanjung yang diunjurkan bakal dirampas semula,akan tetapi juga kerusi-kerusi yang dimenangi pada PRU-14 di Sabah akan tetapi penyandang kerusi-kerusi tersebut telah berhijarah ke parti lain, selain kawasan-kawasan yang dirampas oleh Parti Warisan Sabah.
Kawasan parlimen yang dimenangi parti itu pada PRU-14, adalah Kudat, Kimanis, Beaufort, Sipitang, , Beluran, Libaran dan Kinabatangan, manakala kawasan yang dirampas Warisan adalah Kota Belud, Sepanggar, Papar, Tenom (DAP), Silam (Lahad Datu), Semporna dan Kalabakan.
Jika tidak berjayanya kompromi antara parti dalam GRS, khususnya kawasan tradisi Umno, maka Umno akan bertembung dengan Bersatu, manakala di kawasan KDM, akan berlaku pertembungan antara PBS-PBRS atau STAR-PBRS, manakala bagi kawasan cina, PBS-MCA, atau STAR-MCA, atau SAPP-MCA atau Gerakan akan turut juga bertanding.
Melihat senario politik Sabah, jika ditakdirkan Umno-Bersatu terpaksa bertembung, dikhuatiri akan memberi kelebihan pada parti Warisan atau parti lain termasuk PKR.
Penulis yakin, para pemimpin Umno Sabah mahir akan latar belakang politik Sabah, dan akan menggunakan sebaik mungkin status autonomi, untuk menjamin kemenangan pada mana-mana kerusi yang ditandingi.
Umno tidak boleh memandang sebelah mata pada para pemimpin Bersatu Sabah atau calon-calon parti itu di kawasan-kawasan tertentu, dengan bersandarkan pada keputusan PRN Melaka dan Johor, yang mana Bersatu belum mempunyai undi yang mencukupi untuk menang.
Para pemimpin Umno Sabah perlu melihat bagai mana rakyat Sabah mengundi pada PRN-16 Sabah, yang memberi mandat secara enblok pada GRS, dan tidak memberikan kemenangan pada mana-mana parti untuk menubuhkan kerajaan secara bersendirian, melainkan memerlukan sokong menyokong antara satu sama lain.
Berpandukan pada trend pengundian rakyat Sabah pada PRN-16 Sabah, ada lah tidak elok mengubah pendirian tersebut. Fikir-Fikirkan.