TIADA sesiapa yang boleh dipersalahkan, jika BN akan terus menang pada pilihan raya, kerana tindakan mengeroyok beramai-ramai oleh parti-parti lawan dengan halatuju masing-masing.
Hakikat perlu diterima, selagi berlaku perpecahan undi, selagi itu, BN akan terus mendapat kelebihan, dalam sistem First Past The Post.
Isu utama pada parti-parti yang membangkang BN, adalah ketidak mampuan memilih pemimpin yang boleh menjadi ketua, seperti mana yang berlaku pada PRU-14.
Jika meneliti keputusan PRN Melaka dan Johor, nampaknya kepimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin sangat menonjol berbanding pemimpin-pemimpin lain, pun demikian, sokongan pada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu belum mencukupi menidakkan sokongan hardcore barisan nasional, yang mengisi sebahagian besar mereka yang keluar mengundi, ekoran peratusan yang keluar mengundi rendah. Kekurangan kepimpinan Muhiyiddin, kerana kurang kemampuan mendapatkan undi bukan melayu, walaupun dilihat telah mengambil alih sokongan kaum melayu daripada PH atau PKR.
Jika peratusan yang keluar mengundi melepasi angka 70% atau jika boleh mencecah 80%, maka pada situasi itu, jumlah pengundi hardcore BN akan teratasi. Sudah menjadi trend, pada mana-mana pilihan raya negara ini, jika peratusan keluar mengundi tinggi, peluang parti yang melawan BN cukup cerah, termasuk keboleh menangan, pun demikian, masih ada syarat, undi jangan berpecah!!!.
Menyeru pengundi pasif atau atas pagar keluar mengundi bukannya mudah, kerana golongan ini hanya keluar menunaikan hak demokrasi mereka, jika ada isu-isu yang boleh menarik perhatian atau minat mereka. Selagi tiadanya isu yang boleh menjadi pemangkin untuk mereka keluar mengundi, selagi itu, kumpulan ini akan terus menyumbang pada rendahnya peratusan keluar mengundi.
Jika pada PRU-15, akan sekali lagi berlaku, kumpulan pasif atau atas pagar tidak keluar mengundi, dan parti-parti yang melawan BN kekal dengan pendekatan masing-masing, maka pinjam kata-kata Mat Sabu (Presiden parti Amanah) semua parti akan “makan angin”.
Sepatutnya barisan pemimpin pembangkang melihat potensi yang pada Tan Sri Muhiyiddin, yang memerlukan sedikit “push” berbanding pemimpin lain termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai alternatif pada rakyat.
Penulis melihat, para pemimpin parti yang melawan BN, tidak serius mengambil alih kepimpinan negara daripada BN, tidak seperti mana pada PRU-14. Jika mereka serius, sudah pasti tidak akan berlengah lagi, akan “bersatu” di bawah kepimpinan Tan Sri Muhiyiddin berhadapan dengan PRU-15, dengan melantik Pengerusi PN itu sebagai DE FACTO LEADER!!!!.