Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

FAHAMI POLITIK SABAH

$
0
0
GHAIRAH!!!!.. sehingga ada wakil pemuda Umno Sabah, mendesak PPBM atau Bersatu Sabah dibubarkan, kononnya kehadiran parti itu dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan melemahkan gabungan tersebut, kerana dikaitkan dengan keputusan PRN Melaka dan Johor.

Mungkin kerana seronok dan syiok, maka wakil pemuda Umno itu lupa latar belakang politik Sabah.

Di Semenanjung, tidak hairan, jika Umno dapat bangkit semula, kerana hanya berhadapan dengan satu etnik satu agama. Sabah???

Lupa kah wakil pemuda Umno itu, bahawa PRN-16 Sabah, Umno cuba menang sebanyak mungkin kerusi, apabila bertanding lebih banyak kawasan berbanding parti-parti lain, dengan hasrat menjadi parti tunjang, seperti mana lalu-lalu.

Malangnya hasrat itu tidak kesampaian. Tidak kesampaiannya hasrat tersebut kerana aspirasi rakyat Sabah sudah berubah.

Apabila aspirasi rakyat Sabah berubah, seperti mana rekod-rekod lampau, tidak mudah untuk kembali. Atas sebab itu, parti-parti yang ingin kekal relevan perlu menyesuaikan dengan kehendak rakyat.

Para pemimpin otai Sabah, sebenarnya masak sangat atau sedar sangat dengan sifat politik Sabah, atas sebab itu, untuk mengekalkan sokongan rakyat, maka pendekatan baharu diperlukan. Pendekatan baharu tersebut adalah menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Benar juga, rakyat Sabah melihat GRS sebagai sebuah entiti, dan atas sebab itu mandat yang diberi adalah pada GRS, bukannya berasaskan pada parti-parti.

Semua kita tahu, tiada parti dalam GRS secara solo boleh membentuk kerajaan, tanpa sokongan parti-parti lain.

Cuba fikir sejenak, jika tiadanya GRS, dan berlaku pertandingan free contest? Kemungkinan besar kerajaan Sabah bukan seperti yang ada pada hari ini, kerana berasaskan perlembagaan negeri, mana-mana parti yang mempunyai kerusi terbanyak antara parti-parti yang bertanding akan dijemput menubuhkan kerajaan, dan parti itu adalah Parti Warisan.

Naruli para pemimpin yang mengadakan persefahaman politik menerusi GRS menjelang penamaan calon, telah mempermudah rakyat Sabah memberi mandat.

Dengan menterjemahkan mandat yang diberi, maka kerajaan GRS telah ditubuhkan.

Selepas kerajaan ditubuhkan, semua pemimpin parti-parti komponen bukan sahaja komited pada gabungan tersebut, malah memperkukuh serta memperkasanya.

Para pemimpin kerajaan yang diterajui Ketua Menteri, bukan sahaja cepat memberi reaksi hasrat rakyat tersebut, akan tetapi menterjemahkannya menerusi Sabah Maju Jaya (SMJ), satu strategi 5 tahun sehingga tahun 2025.

Sesuai dengan senario politik tanah air, dan kembalinya Sabah, Sarawak, dan Semenanjung sebagai wilayah yang membentuk Persekutuan Malaysia, maka dicadangkan agar GRS didaftarkan sebagai parti politik. Kini, gabungan tersebut telah rasmi sebagai parti.

Menjadikan GRS sebagai sebuah parti, akan sama dengan Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS) di Sarawak dan Barisan Nasional (BN) di Semenanjung.

Tiga parti ini akan menjadi parti dominan di wilayah masing-masing.

Jika ada pihak, yang mencadangkan salah sebuah parti yang mendokong GRS sehingga rakyat Sabah memberi mandat dibubarkan, pada hakikatnya mereka itu, gagal menterjemahkan aspirasi dan kehendak rakyat Sabah. Mereka itu gagal melihat, lain padang lain belalang. Mereka itu gagal melihat latar belakang politik Sabah. Mereka itu sebenarnya terpengaruh, seperti kata peribahasa, mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808