Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

FAKTOR MENARIK KEPUTUSAN PRN JOHOR

$
0
0
KEPUTUSAN PRN ke-15 Johor, jika dikira-kira, 27 DUN dimenangi kerana kekuatan parti. Daripada jumlah itu, 18 milik Barisan Nasional, manakala bakinya Pakatan Harapan (DAP). Baki 29 kerusi lagi dimenangi kerana pertembungan pelbagai parti atau perpecahan undi, 22 daripadanya dimenangi BN.

Dalam tulisan kali ini, penulis hanya tertarik pada jumlah undi yang diperolehi BN, PN,PH Plus dan PKR. Berpandukan angka-angka SPR (spr.gov.my), jumlah undi yang diperolehi 4 parti tersebut adalah 1,349,809, yang terbahagi-bahagi untuk BN 599,753 (44.43%); PN 334,457 (24.78%); PH 333,041 (24.67%) dan PKR 82,558 (6.11%).

Memang jelas, impak pertembungan pelbagai parti, memberi kelebihan pada BN. Pun demikian, tidak boleh dianggap, jika tiada pertembungan, maka BN tidak boleh menang sebarang kerusi daripada 29 kerusi.

Berasaskan keputusan kali ini, jelas, BN ada 18 kerusi dan DAP 9, tanpa ragu adalah kawasan tradisi masing-masing. Dengan jumlah ini, maka BN hanya memerlukan 11 kerusi daripada 29 kerusi, untuk mendapat majoriti mudah, DAP pula perlu 20 kerusi, manakala parti-parti lain 29.

Ada lah senang mencatur di atas meja, untuk menang sebanyak mungkin kerusi, akan tetapi secara praktikalnya, tidak lah semudah seperti mana dilakar di atas kertas atau drawing board, apa tah lagi bagi parti yang kurang bank votes atau penyokong hardcore.

Hakikat perlu diterima daripada semua parti, BN bukan sahaja mempunyai jentera yang kuat dan teratur, akan tetapi mempunyai penyokong tegar dan ahli yang ramai berbanding parti-parti lain.

BN yang pernah menjadi tunjang kerajaan Persekutuan berdekad lamanya, sudah tentu mempunyai penyokong akar umbi yang merupakan kekuatan sebenar parti tersebut.

Parti itu hanya kehilangan kuasa pada PRU-14, impak, tindakan pengundi atas pagar atau pengundi pasif, selain adanya penyokong secara tradisi termakan gula-gula dan janji-janji bulan bintang daripada parti-parti pembangkang.

Kini, tidak dinafikan, hasil keputusan PRN Melaka dan Johor, pengundi tradisi telah kembali, dan dijangka akan berterusan.

Nota: Pada PRN Johor, BN menang 40 kerusi daripada 56 yang dipertandingkan. Jumlah kerusi tersebut merupakan super majority.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808