Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

SOKONGAN BN PULIH

$
0
0
ASAS sokongan pada BN pulih kerana jumlah yang mengundi pada PRN ke-15 Johor hampir sama dengan yang keluar mengundi pada PRU-14.

Pada PRU-14 dengan jumlah pengundi yang hampir sama, BN hanya menang 19 kerusi, 17 disumbangkan Umno dan MIC menyumbang 2 kerusi. Namun pada PRN kali ini, BN menang 40 kerusi, 33 daripada Umno, MCA 4 dan MIC 3.

Apa yang menarik pada PRN kali ini, BN bukan sahaja menang di DUN yang ditawan DAP atau PKR pada PRU14, juga DUN-DUN yang ditawan sejak PRU13.

Ada yang mengatakan bahawa kemenangan BN, kerana peratusan yang menunaikan tanggungjawab hanya 54.92 peratus, peratusan terendah pernah direkodkan dalam sejarah pilihan raya negara ini. Peratusan yang rendah ini kerana pertambahan jumlah pengundi hampir 43%, ekoran dilaksanakan pendaftaran automatik dan undi 18. Pengundi automatik, adalah mereka yang memangpun tidak minat mengundi, atas sebab itu, walaupun layak sebagai pengundi, akan tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi.

Keputusan PRN-15 Johor, membuktikan penyokong BN telah kembali, dan masa yang sama juga penyokong pembangkang kekal dengan pendirian masing-masing, seperti mana pada PRU-PRU sebelum PRU-14.

Tidak dapat dinafikan beberapa DUN yang dimenangi BN, disebabkan pertembungan pelbagai penjuru, demikian juga berlaku pada DUN-DUN yang dimenangi pembangkang, walaupun secara keseluruhan lebih berpihak pada BN. Hakikatnya pertembungan pelbagai penjuru, menguntungkan kedua belah pihak.

Adalah dijangka keputusan PRN ke-15 Johor  akan berterusan termasuk pada PRU-15.

Trend sokongan pada BN, juga pembangkang sebenarnya telah kembali pada status quo, seperti mana PRU-PRU sebelum PRU-14. Nisbah sokongan ini, sukar berubah, kecuali adanya penjajaran politik yang baharu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808