Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

TIGA FAKTOR MEMBANTU UMNO

$
0
0
MUNGKIN sudah tersurat, bahawa kebangkitan Umno dibantu tiga faktor-perpecahan pembangkang, pertembungan pelbagai penjuru dan peratusan keluar mengundi yang rendah.

Selain tiga faktor di atas, sokongan pengundi hardcore atau tegar, yang jauh lebih ramai berbanding parti-parti lain, juga membantu kebangkitan.

Hari ini, pada PRN Johor, sekali lagi Umno akan memanfaatkan tiga plus satu faktor yang disebutkan.

Kerana faktor-faktor tersebut, maka ramai pemerhati dan penganalisis politik tanah air, Umno bukan sahaja boleh membentuk kerajaan negeri Johor, akan tetapi akan menang kerusi lebih banyak untuk memenuhi hasrat parti itu mengadakan pilihan raya mengejut, untuk membentuk kerajaan yang stabil.

Akan tetapi semua yang disebutkan hanya merupakan andaian di atas kertas. Selagi kiraan undi belum dimuktamadkan, tiada siapa yang boleh meramal dengan tepat, apa keputusan 2.5 juta pengundi Johor.

Daftar pengundi pada PRN kali ini, berbeza dengan pilihan raya-pilihan raya sebelumnya, kerana pengelibatan pengundi automatik dan undi 18.

Pun demikian, adalah dijangka walaupun adanya pengelibatan kumpulan baharu ini, trendnya akan sama dengan pengundi pasif atau atas pagar,yang mana kehadiran mereka di pusat-pusat daerah mengundi adalah rendah? Sebenarnya, jika pengundi dalam kategori ini membanjiri peti-peti undi, maka akan memberi implikasi besar pada keputusan. Sama-sama kita nantikan, apa kah golongan pengundi ini akan menunaikan hak demokrasi mereka?

Bagi pandangan penulis, apapun kecenderungan para pengundi Johor, parti yang melawan Umno, tidak dapat berbuat banyak, kerana dua faktor utama- perpecahan dan pertembungan pelbagai penjuru. Dua faktor ini yang mematikan langkah kemarahaan parti-parti tersebut.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808