Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

SISTEM DEMOKRASI NEGARA- HANYA 1/3 RAKYAT TENTUKAN MASA DEPAN NEGARA

$
0
0
DUA PERTIGA rakyat negara ini perlu terima hakikat, bahawa masa depan mereka ditentukan oleh 1/3 daripada jumlah rakyat, kerana sistem demokrasi negara menerimanya sebagai kaedah menentukan kerajaan atau pemerintahan.

Sistem First Past The Post yang diamalkan dalam demokrasi negara, membenarkan parti yang hanya mendapat undi 1/3 atau lebih sedikit atau dengan kata lain bukan undi popular boleh menjadi kerajaan kerana menang dalam pilihan raya.

Kerana sistem ini juga, mana-mana parti yang mempunyai penyokong hardcore yang ramai yang terbina sesuai dengan perjalanan waktu, mempunyai kelebihan apabila berlaku pertembungan berbagai parti, yang asasnya mahu memanfaatkan pengundi pasif atau atas pagar.

Pada PRU-14, kerana jumlah pengundi pasif dan atas pagar keluar mengundi menunaikan hak masing-masing cukup tinggi, maka julung kalinya Barisan Nasional yang menerajui negara sejak merdeka tumbang.

Sebelum PRU-14 pun, walaupun BN tidak disokong undi popular akan tetapi masih menang, kerana jumlah pengundi hardcore yang secara bulat terus menyokong, mendapat kelebihan kerana sistem First Past The Post.

Hanya pada PRU-14, walaupun berlaku pertembungan tiga penjuru, akan tetapi, pengundi pasif atau atas pagar, telah berpihak pada Pakatan Harapan (PH), dan atas sebab itu, BN dengan penyokong hardcorenya kecundang.

Namun selepas itu, termasuk beberapa PRK Post PRU-14, PRN Melaka, apabila pengundi pasif atau atas pagar tidak keluar mengundi, maka kelebihan pada Umno-BN bersama pengundi harcorenya, terus menang.

Pada PRN Johor esok, walaupun adanya kehadiran pengundi automatik dan pengundi 18, tiada jaminan golongan ini akan keluar mengundi, kerana mereka juga tergolong pengundi pasif atau atas pagar yang tiada komitmen pada mana-mana parti.

Biasanya pengundi dalam golongan ini akan teruja keluar mengundi, jika ada isu-isu semasa yang menarik mereka untuk keluar menunaikan hak. Oleh kerana tiada isu-isu yang difikirkan boleh menarik mereka untuk keluar, maka kebarangkalian golongan ini, tidak akan hadir pada mana-mana Pusat Daerah Mengundi.

Isu rasuah yang dibangkitkan oleh parti-parti seperti PN dan Pejuang serta PKR, bukan lagi isu panas, walaupun masih trending, kerana telah dianggap sebagai isu lapok, dan terbukti, ianya tidak berimpak pada parti yang mana pemimpinnya terkait dengan isu rasuah, atas sebab penyokong hardcore sukar untuk diajak berpaling tadah.

Bagi penyokong hardcore atau tegar, apapun diperkatakan berkaitan salah laku pemimpin mereka, mereka sudah menerimanya sebagai norma baharu, dan tidak perlu malu menyokong.

Bagi rakyat yang menolak salah laku, tidak boleh berbuat banyak, kerana undi mereka tidak bulat pada sesebuah parti, sebaliknya terpecah-pecah pada berbagai parti.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808