BAYANGKAN subsidi minyak untuk pengguna tahun 2022 mencecah RM28 bilion, jumlah tersebut lebih 5 kali ganda peruntukan tahunan Persekutuan kepada Sabah, juga kebetulan lebih 5 kali ganda bajet negeri untuk tahun 2022.
Walaupun subsidi minyak diberikan dengan begitu besar, akan tetapi, harga keperluan harian rakyat tidak juga dapat dibendung malah terus menanjak naik.
Sudah tiba masanya kerajaan, melaksanakan subsidi bersasar, atas sebab subsdidi secara pukal tidak signifikan pada harga barangan, malah subsidi itu hanya habis terpakai oleh mereka yang banyak kenderaan.
Jika dibandingkan harga RON95 negara yang dijual pada harga RM2.05 selitar dengan negara-negara pengeluar minyak yang lebih besar berbanding negara, Arab Saudi menjual pada harga RM2.59, manakala Indonesia RM3.74 seliter.
Apa yang paling meruncingkan, harga rendah berbanding negara-negara jiran, kecuali Brunei, menggalakkkan aktiviti penyeludupan, menambah beban lagi pada kewangan negara.
Subsidi minyak serupa juga dengan subsidi minyak masak, yang dipanggil minyak paket dengan harga subsidi RM2.50 sekilogram. Akan tetapi minyak ini, jarang didapati dikedai-kedai runcit atau pasar raya-pasar raya, sedangkan volume yang diberi subsidi dikatakan cukup tinggi. Pertanyaannya siapa pengguna minyak paket itu?
Budaya subsidi perlu diganti dengan pendekatan lain, misalnya, memberi bayaran gaji yang lebih baik. Menerusi bayaran gaji tinggi, bertujuan dua serampang mata, selain mencegah penyeludupan, juga tidak akan membebankan wang negara yang tidak signifikan impaknya.
Para pemimpin perlu memikirkan kaedah lain, menggantikan budaya subsidi, kerana didapati kaedah ini, hanya merupakan kebocoran pada wang negara.
Ada lah lebih baik, wang subsidi itu diberikan secara tunai kepada kelompok sasar, dengan menaikkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) berkali ganda, kerana dengan cara demikian, ianya lebih membawa manfaatkan pada golongan yang terkesan kenaikkan harga barangan.
Kepada para pembesar negara, berfikir lah untuk rakyat, lupakan dulu permainan politik, permainan mendapat kuasa yang tidak sudah-sudah. Rakyat negara ini sudah penat dengan permainan ini, bak kata peribahasa, terlepas daripada mulut buaya disambut pula oleh mulut harimau. Sementara sekian lama sebahagian besar rakyat hanya cukup-cukup makan, kita terdengar, terbaca, ada pemimpin mempunyai wang berbilion-bilion, berjuta-juta digunakan memenuhi “lifestyle” masing-masing, malah ada pemimpin sanggup membayar media propaganda ratusan ribu ringgit untuk menaikkan imej masing-masing di mata rakyat.
Rakyat sekian lama dijadikan alat, konon untuk kestabilan politik dan kerajaan, akan tetapi, kesusahan rakyat tidak juga pernah sampai ke garis penamat, malah semakin menjauh. Akan bila kah masalah rakyat berakhir???