Gabungan yang terwujud pada hari penamaan calon PRN ke-16 Sabah pada September, 2020, yang menjadi flatform parti Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan PBS pada pilihan raya tersebut, akhirnya diberi mandat oleh rakyat Sabah membentuk kerajaan negeri.
Menyahut aspirasi dan kehendak rakyat Sabah, maka dicadangkan agar GRS didaftarkan sebagai parti rasmi, untuk menjadi parti dominan di Sabah, seperti mana Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS).
Sudah menjadi trend di tiga wilayah di negara ini, masing-masing wilayah mempunyai parti dominan.
Di Semenanjung, ada tiga parti iaitu Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan, bersaing untuk menjadi parti dominan. PRN Johor, dijadikan medan oleh tiga parti tersebut parti mana bakal dinobatkan sebagai parti dominan.
Perjalanan GRS untuk direalisasikan menjadi sebuah parti, pertama sekali dicadangkan oleh Pengerusi Backbencer ADUN Sabah yang juga ADUN Usukan- Datuk Salleh Tun Said, kemudiannya diulang dua kali oleh ADUN Nabawan yang juga Ketua Bahagian Bersatu Pensiangan.
Cadangan tersebut, akhirnya mendapat sokongan daripada para pemimpin parti gabungan. Kerana sokongan tersebut, maka Ketua Menteri Sabah- Datuk Hajiji Haji Noor memberi reaksi, kerana terdapatnya sokongan demikian, maka gabungan tersebut akan didaftarkan.
Adalah dipercayai, pendaftaran gabungan tersebut dalam proses kelulusan ROS.
Apabila diluluskan kelak, barisan kepimpinan akan diumumkan. Menerusi barisan kepimpinan akan diketahui bentuk organisasi gabungan tersebut, apa kah berasaskan individu atau berasaskan kedudukan pada parti-parti gabungan.
Memang menjadi harapan rakyat Sabah, sebuah parti seperti GRS perlu diwujudkan, sesuai dengan pengembalian status Sabah sebagai salah satu wilayah yang membentuk kerajaan Persekutuan, sesuai dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).