BELUMPUN, tempoh kempen berlabuh, anggapan ramai penganalisis dan pengamat politik, bahawa Umno-Bn dengan mudah menang, kerana faktor pertembungan berbagai parti, mempunyai ramai penyokong tegar dan ahli, selain kebarangkalian peratus keluar mengundi rendah, akan tetapi, kerana politik itu sendiri penuh dengan serba kemungkinan, pembangkitan ISU rasuah walaupun dikira isu lapok, akan tetapi, kehadiran Tun Dr Mahathir dengan gaya bahasa mudah membangkitkan isu itu yang terkait dengan pemimpin Umno, termasuk pemimpin Umno Johor, telah menyegarkan kembali dan menyentak pengundi.
Kehadiran Tun Dr Mahathir dalam kempen, khusus membawa isu rasuah pemimpin Umno, menjelma sebagai ISU PANAS. Ucapan terima kasih BELIAU pada pengundi Johor pada PRU-14 kerana berani membuat keputusan menyekat kemaraan kumpulan klepktokrasi, menjadi faktor pendorong pada pengundi negeri itu, untuk sekali lagi melakukan perubahan.
Yang hanya menjadi pertanyaan, ke arah mana kah para pengundi memberi hak mereka? Dan sejauh mana isu rasuah boleh menyebabkan penyokong tradisi dan ahli parti boleh berpaling tadah? seperti mana PRU-14.
Pembangkitan isu rasuah, yang dijadikan bahan kempen, terutama oleh parti PN dan Pejuang, telah menyebabkan para pemimpin Umno seperti cacing kepanasan.
Selama tempoh kempen ini, tiada seorangpun pemimpin Umno atau Bn, bercakap berkaitan rasuah, mereka hanya berbicara tentang kestabilan politik menerusi kemenangan besar atau jumlah kerusi super majoriti, kerana mendakwa menerusi kaedah demikian, maka boleh membantu dan membela rakyat. Manakala pemimpin parti lain melihatnya, kaedah sedemikian, adalah memperkukuh amalan salahguna kuasa, seperti mana berlaku pada masa yang sudah-sudah.
Kerana ISU rasuah menjadi topik panas pada PRN ini, kerbarangkalian, peratusan yang keluar mengundi akan tinggi, terutama daripada pengundi pasif dan atas pagar, kerana menerusi kaedah demikian sahaja mampu membendung kembalinya kumpulan kleptokrasi.
Ada lah tugas para juru kempen daripada parti-parti yang melawan Umno-Bn, untuk merayu supaya para pengundi seramai 2.57 juta keluar full force, untuk menjayakan misi mengekang kembalinya kumpulan penyanggak.