Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRN JOHOR: SUKAR MENGHALANG KEMENANGAN UMNO

$
0
0
PILIHANRAYA di negara ini, sangat mudah diramal jika tiada isu baharu yang boleh mempengaruhi selera atau mood pengundi.

Untuk sementara, suasana kempen hanya dijenuhkan dengan isu-isu lama atau isu-isu lapok, yang digunakan untuk menekan lawan. Walaupun isu-isu ini kedengarannya panas, akan tetapi hanya bersifat pengelipur lara atau hiburan telinga, tidak memberi impak tinggi pada mood atau selera pengundi.

Selain itu, ada pihak yang menjustifikasikan, kerana Umno terlalu lama diberi kuasa, maka penyebab, sesetengah pemimpin parti itu menyalahgunakan kuasa, menjadikan parti sebagai tunggangan untuk cepat kaya dan kedudukan. Dakwaan seumpama ini bukan lah baharu bagi pengundi, kerana mereka maklum, bahawa Umno telah lama wujud.

Oleh kerana tiada isu baharu secara signifikan mempengaruhi mood dan selera pengundi, maka parti yang mempunyai ramai penyokong tegar dan ahli, akan mendapat kelebihan, kerana faktor rendahnya peratusan pengundi pasif atau atas pagar keluar mengundi.

Pengundi pasif atau atas pagar, biasanya akan terdorong keluar mengundi, jika ada isu-isu panas, seperti mana berlaku pada PRU-14.

Walaupun pada PRN Johor terdapatnya pengelibatan 740 ribu pengundi pertama kali, termasuk pengundi 18, akan tetapi kehadiran pengundi dalam golongan ini, diramal tidak memberi impak signifikan pada keputusan, kerana kebarangkalian peratusan keluar mengundi daripada golongan ini diramal rendah.

Isu-isu yang dibangkitkan selama kempen, termasuk manifesto daripada parti-parti yang terlibat, terlihat tidak menyengat atau kurang menarik bagi golongan muda usia, untuk turun full force menunaikan hak mereka.

Apa yang menarik pada PRN Johor ini, parti-parti seperti PKR, PAS, Pejuang, MUDA, PBM dan Warisan akan kosong kerusi.

Bersatu, DAP dan Amanah, mungkin menang di beberapa kerusi, di kawasan-kawasan tertentu, namun penguasaan Umno sukar untuk dibendung, dan kebarangkalian akan menyerupai keputusan PRN Melaka, dengan jumlah kerusi 2/3.

Parti-parti yang melawan Umno perlu menyalahkan diri sendiri, kerana perpecahan undi, memberikan laluan mudah pada Umno dan BN bangkit semula.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808