MUNGKIN sesetengah kakitangan kerajaan yang ada kuasa, tidak dapat mengikut rentak pemerintahan yang mahu mengwujudkan pentadbiran yang segera tetapi efisien, sehingga perlu diingatkan oleh Ketua Menteri, kerana kelambatan urusan atau projek berkaitan rakyat, akan memberi impak pada imej kerajaan.
Projek-projek kecil berkait rakyat misalnya, yang tidak memerlukan masa panjang untuk mengeluarkan arahan kerja, kerana projek seumpama itu telahpun tersedia bajet, format surat arahanpun, sudah standard, pun demikian memerlukan masa lama, sedangkan jika benar-benar ingin dibuat, tidak sampaipun 10 minit.
Bagi mereka yang menyokong kerajaan dengan menguar-uarkan kepekaan pemerintahan berkaitan kepentingan rakyat, akhirnya diperli, malah ada neitzen menganggap, mereka ini hanya mengada-ngada.
Kemunculan pandemik Covid-19, telah menambah lagi alasan memperlambat pelaksanaan projek-projek kepentingan rakyat, atas sebab arahan kerja berkaitan projek-projek itu lambat dikeluarkan.
Kakitangan awam yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) bagi kerajaan negeri dan setiausaha Kerajaan Persekutuan bagi pihak Persekutuan perlu menoktahkan, budaya kerja seperti ini, kerana ianya bukan sahaja merugikan rakyat juga negeri. Kakitangan awam perlu menyematkan pada fikiran masing-masing, bahawa setiap projek berkaitan atau berkepentingan rakyat memberi impak pada perekonomian, selain pandapatan rakyat, dan seterusnya menyumbang pada perolehan negeri.
Kakitangan awam tidak perlu diingatkan, dan perlu menanamkan pada fikiran masing-masing untuk sentiasa bertidak ke hadapan, progresif dengan mengamalkan tindakan sesegera mungkin diiringi dengan kecekapan, efisien dan ketelusan, disertai dengan tindakan mesra rakyat, menghakis sifat “bossy”.