Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRN JOHOR: TIDAK MUDAH ATASI PENGARUH TAN SRI MUHIYIDDIN

$
0
0

MUNGKIN ada rakyat negeri lain, terutama penyokong pemimpin kluster mahkamah memperlekeh pengaruh Tan Sri Muhiyiddin, akan tetapi hakikatnya, pengaruh mantan Perdana Menteri itu, masih tebal di kalangan rakyat Johor, terutama di kawasan Utara negeri tersebut.

 Pada PRN Johor, tersangat jelas, pengundi negeri itu berbelah bahagi, antara Umno sebagai parti yang lahir di Johor dan Muhiyiddin sebagai anak watan negeri. 

Selain pengaruh, rakyat negeri itu juga melihat berbagai bantuan kerajaan pada rakyat negeri itu semasa Presiden Bersatu itu sebagai Perdana Menteri.

Tentunya rakyat yang paling gembira dan bersyukur adalah peneroka felda, yang dibebaskan hutang berdekad, kerana keputusan kerajaan memansuh semua hutang mereka, era kepimpinan Muhiyiddin sebagai Perdana Menteri.

Ada lah dirasakan, terlalu mahal bagi Umno membubarkan sidang DUN Johor secara sepihak, dengan mengambil peluang kedudukan Menteri Besar, walaupun kedudukan itu tidak akan dapat diduduki pemimpin Umno tanpa sokongan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhiyiddin.

Kegigihan kluster mahkamah dan penyokong, selain mereka yang ditolak rakyat pada PRU-14 yang ingin sangat meranapkan Bersatu, yang juga bermaksud menoktahkan kepimpinan Muhiyiddin, kemungkinan besar menjadi penghalang kemarahan parti berlambangkan dacing tersebut.

Isu yang diangkat oleh Tan Sri Muhiyiddin berkaitan pemimpin dalam kategori kluster mahkamah, cuba ditepis para pemimpin BN, dan kononnya tidak akan mempengaruhi pengundi, namun, hakikatnya, faktor ini lah yang menjadi penyebab parti itu tumbang pada PRU-14.

Perbicaraan di mahkamah Amerika Syarikat, jika diikuti pengakuan saksi utama- Tim Leissner, tersangat jelas pengelibatan mantan Perdana Menteri ke-6, yang kini didapati bersalah oleh mahkamah negara, berkaitan isu lain dan masih dibicarakan berkaitan 1MDB, isu yang sama dibicarakan di negara Paman Sam tersebut.

Sudah pasti sebahagian pengundi Johor, tidak akan mahu mencatit nama mereka sebahagian penyokong pemimpin yang terkait isu rasuah dan salahguna kuasa, walaupun, mereka ini terpaksa berhadapan dengan penyokong tegar dan ahli parti yang setia membuta tuli.

Pada 12 Mac, pengundi Johor akan membuat pilihan, samada menyokong parti yang dipimpin pemimpin berintegriti atau kah menyokong parti yang dipimpin kluster mahkamah. Sama-sama kita nantikan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808