BARISAN NASIONAL (BN) mengharap sangat peratusan keluar mengundi daripada 2.57 juta orang yang berdaftar sebagai pengundi rendah, dan jika boleh mereka yang berumur di bawah 40 tahun sedikit yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka.
Adalah diakui, semakin tinggi peratus keluar mengundi semakin terancamnya kemenangan calon-calon BN, jika berpandukan pada keputusan PRU-14, selain itu, jika mereka yang berumur di bawah 40 tahun turut menunaikan tanggungjawab, semakin mengurangkan peluang kemenangan, kerana keputusan PRN Melaka, menunjukkan pengundi dalam golongan tersebut kurang berpihak pada calon-calon BN.
Sandaran BN juga terletak pada pertembungan antara parti-parti yang menyebabkan berpecahnya undi atas pagar yang lebih separuh jumlahnya daripada keseluruhan pengundi, akan menjadi penentu kemenangan calon-calon BN, kerana faktor penyokong tegar. Sokongan penyokong tegar pada BN adalah kunci utama kemenangan.
Seperti pada PRN Melaka, walaupun BN mendapat 38 peratus undi popular, akan tetapi menang 75 peratus daripada kerusi yang dipertandingkan.
Negeri Johor yang mempunyai 56 kerusi DUN, mana-mana parti mendapat 29 kerusi, boleh membentuk kerajaan negeri.