HARI ini adalah penamaan calon bagi PRN Johor, ertinya pertembungan tiga gabungan- BN, PN dan PH bermula, selain parti Pejuang, Muda dan Warisan.
PRN Johor bakal menjadi litmus bagi perubahan landskap politik Malaysia.
Selama lebih dua dekad, negara menyaksikan bagaimana sistem dua gabungan berkembang- mencapi kemuncak dengan berakhirnya permintahan BN sejak sekian lama pada PRU-14.
Namun kerajaan PH hanya mengambil alih buat tempoh masa yang singkat. Selepas tumbang pada 2020, konfigurasi politik baru menerusi tiga gabungan utama mula membentuk.
Umno dan BN, dalam usaha meneruskan momentum kemenangan dalam PRN Melaka pada November lalu menuju PRU15, membubarkan sidang DUN Johor pada 22 Januari lalu.
Ia berhasrat mendapat majoriti secara sendri agar dapat menyingkirkan Perikatan Nasional (PN) daripada pentadbiran negeri.
Tidak berpuas hati dengan tindakan BN itu, PN kini menumpukan usaha untuk menjejaskan Umno di kawasan tradisinya. Gabungan ini berhasrat menjadikan pembubaran DUN sebagai satu kesilapan yang mahal buat BN.
Sementara itu, PH masih cuba mencari tapaknya semula selepas siri kekalahan pilihan raya yang dicetuskan kekecewaan pengundi.
Pada 12 Mac, akan diketahui apa keputusan 2.57 juta pengundi, termasuk 740 ribu pengundi pertama kali, yang mana di dalamnya terdapat 140 ribu pengundi 18.
Perhatian pada PRN kali ini, ada lah peratusan pengundi yang keluar mengundi, kerana ianya menjadi penentu, parti yang bakal menang. Sama-sama kita nantikan.