PARTI politik yang mengambil bahagian dalam pilihanraya ke-15 Johor, mempunyai misi jelas, mahu menjadikan pilihanraya negeri tersebut sebagai penanda aras sambutan dan sokongan rakyat terhadap parti masing-masing menjelang PRU-15.
Ada yang membuat kesimpulan, menang pada PRN Johor, maka akan menang juga pada PRU-15.
Sempena pilihanraya Johor ini, agak berbeza sedikit dengan PRN Melaka, kerana terdapatnya empat parti ingin mendapatkan mandat rakyat negeri tersebut untuk menubuhkan kerajaan. Parti-parti itu, adalah Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang (P). Manakala parti-parti kecil yang lain termasuk MUDA, Warisan dan lain-lain hanya menguji, sejauh mana parti mereka mendapat sokongan.
Di antara 4 parti yang bersaing tersebut, hanya tiga parti secara jelas, iaitu Umno, Bersatu dan Pejuang, apabila diberi mandat, maka calon Menteri Besar adalah daripada parti-parti tersebut, atas sebab, masing-masing meletakkan calon teramai, Umno-37, Bersatu-33 dan Pejuang 42, manakala dalam PH, walaupun PKR bertanding lebih banyak kerusi, tidak semestinya calon MB datang daripada parti itu.
Salah satu faktor yang menjadikan PRN Johor menarik adalah, negeri tersebut adalah negeri Pengerusi PN-Tan Sri Muhiyiddin Yassin. Ahli Parlimen Pagoh tersebut, sudah sebati dengan politik negeri, kerana pernah menjawat sebagai Menteri Besar.
Pada pilihanraya kali ini, walaupun banyaknya parti-parti terlibat, akan tetapi tumpuhan hanya pada BN dan PN. BN, kerana foktor Umno yang ramai penyokong tegar dan ahli, manakala pada PN, kerana faktor Tan Sri Muhiyiddin Yassin.
Rakyat Johor, sebenarnya dipersimpangan, seperti mana berlaku pada PRU-14. Pengundi negeri itu, perlu memilih samada Umno, kerana parti itu lahir di negeri tersebut, atau pemimpin watan mereka. Akibat dipersimpangan tersebut, maka pada PRU-14 Umno kehilangan kuasa, walaupun masih menang 17 kerusi DUN. Pada PRN negeri kali ini, apa kah sentimen PRU-14 berulang? Hanya rakyat Johor dapat menentukannya pada 12 Mac depan. Sama-sama kita nantikan.