SECARA matematiknya, pada PRN Melaka, Umno-BN (UBN) hanya mendapat 38 peratus undi popular, ertinya 62 peratus pengundi menolaknya. Kalau menggunapakai pemarkahan SPM, markah 38 peratus adalah markah gagal.
Melihat pada keputusan PRN Melaka, terbukti Umno-BN itu tidak kuat, akan tetapi produk demokrasi yang berasaskan sistem First Past The Post, UBN menang 21 kerusi daripada 28 yang dipertandingkan.
Keadaan serupa mempunyai kerbarangkalian tinggi akan berulang pada PRN Johor, kerana berlaku juga pertembungan berbagai parti.
UBN bersandar pada penyokong tegar dan ahli-ahli parti itu yang lebih ramai berbanding parti-parti lain.
Ada lah diramalkan, jika peratusan keluar mengundi rendah, jika UBN mendapat undi popular seperti pada PRN Melaka, maka kemenangan pada parti itu.
Johor yang mempunyai 56 kerusi yang dipertandingkan dengan 2.57 juta pengundi, sebelum PRU-14 adalah negeri simpanan tetap UBN pada setiap pilihan raya sebelumnya.
Bagi UBN, gagalnya parti-parti yang melawannya berpakat untuk mengwujudkan satu lawan satu, ada lah keadaan yang amat ditunggu. Selain itu, jumlah pengundi yang turun mengundi rendah juga sebahagian daripada strategi parti itu mengadakan pilihan raya mengejut.
Pada PRN kali ini, amat sukar bagi parti-parti yang melawan UBN untuk mengekang kemenangan parti yang dipimpin Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tersebut, kerana parti-parti lawan tidak dapat bersaing dari segi jumlah penyokong tegar dan ahli parti. Harapan pada pengundi pasif atau atas pagar sukar dihandalkan, kerana kebarangkalian golongan ini tidak turun mengundi, kerana tidak berani merisikokan diri mereka dijangkiti Covid-19.
Akan tetapi, jika para pengundi Johor bertindak luar biasa, tanpa mengira keadaan termasuk ancaman Covid-19 yang menyebabkan peratusan yang mengundi amat tinggi, seperti PRU-14, pada keadaan demikian, walaupun berlaku pecah undi antara parti-parti, tiada jaminan, UBN akan dapat mengulangi keputusan PRN Melaka. Akan tetapi, andaian ini, sukar untuk berlaku, kerana pengundi itu sendiri terbahagi pada dua kelompok, iaitu pengundi yang mempunyai komitmen terhadap parti dan pengundi yang tiada komitmen. Ada lah sukar mendorong pengundi yang tiada komitmen pada sesebuah parti untuk keluar mengundi, kerana telah terbukti, bukan sahaja pada PRN Melaka juga pada PRN Sarawak.
Dalam keadaan adanya ancaman kesihatan, apabila pilihan raya diadakan, maka parti yang mempunyai ramai penyokong tegar dan ahli, sudah tentu mempunyai kelebihan dan amat tinggi peluang untuk menang. Keadaan ini suka atau tidak, pada hakikatnya tidak dapat ditolak. Sebenarnya, situasi ini lah yang ada pada UBN, sebab itu, memilih diadakan pilihan raya mengejut.
Harus diterima, politik itu sendiri adalah satu strategi untuk mendapatkan kuasa. Mempergunakan situasi dan kondisi semasa adalah juga sebahagian daripada strategi. Atas sebab itu, parti-parti yang tidak dapat menyesuaikan diri pada situasi dan kondisi itu, turut serta dalam pilihan raya adalah sebahagian meraikan pesta demokrasi.
Situasi dan kondisi yang memberi kelebihan pada sesebuah parti, tidak semestinya parti itu kuat untuk menang, akan tetapi hanya cukup mendapatkan bilangan undi yang lebih banyak berbanding yang lain, apa tah lagi sistem demokrasi negara kita yang menggunapakai sistem First Past The Post, ertinya daripada 10 undi, jika parti A mendapat 4 undi, manakala bakinya dikongsi parti-parti lain dengan yang lebih kecil, maka parti A adalah pemenang, walaupun bukan undi popular. Keadaan ini lah yang akan berlaku pada PRN Johor, pada 12 Mac depan.