Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRN JOHOR: IMPAK PENGUNDI BAHARU DAN 18

$
0
0

Pengundi 18, perlu mengetahui parti dan calon yang bertanding, perlu bertanya apa yang boleh disumbangkan oleh parti dan calon, perlu mengaji latar belakang parti dan calon, dan kemudiannya perlu yakin pada diri sendiri, keputusan yang diambil.

Jika empat pendekatan (FAST Approach- Familiar, Ask, Search ,Trust)  di atas diambilkira oleh pengundi 18, sudah pasti impaknya cukup besar dalam politik negara.

Jumlah pengundi didaftar sebagai pengundi automatik dan pengundi 18, dianggarkan berjumlah 5.5 juta. Jika jumlah itu ditambah dengan jumlah pengundi berdaftar pada PRU-14 yang berjumlah 14.8 juta, maka pengundi yang bakal terlibat pada PRU-15 seluruh negara adalah 20.3 juta.

Jumlah 5.5 juta pengundi mewakili 27 peratus daripada keseluruhan, dan juga 37 peratus mewakili pertambahan pengundi baharu berbanding jumlah pengundi pada PRU tahun 2018.

Pada PRN Johor sahaja, pengundi baharu seramai 740 ribu, 140 ribu adalah pengundi 18.

Pada 12 Mac, seramai 2.57 juta pengundi Johor akan menentukan, parti mana yang diberi mandat untuk membentuk kerajaan negeri.

Persoalan utama yang bakal dihadapi pada PRN Johor, seperti juga PRN Melaka, ada jumlah pengundi yang keluar mengundi. Semakin rendahnya peratus keluar mengundi,maka menafikan proses demokrasi sebenar. Proses demokrasi itu, apabila semua pihak yang terlibat turut sama, tanpa sebarang halangan.

Memang pun di atas kertas, semua pengundi yang terdaftar tidak dihalang untuk menunaikan tanggungjawab, akan tetapi, kerana terbahaginya dua kategori pengundi, iaitu aktif dan pasif, maka menjadi punca yang mempengaruhi peratusan pengundi.

Pengundi aktif ada lah penyokong tegar dan ahli sesebuah parti. Mereka ini mempunyai komitmen pada parti yang mereka sokong, untuk merai kemenangan. Manakala pengundi pasif atau juga boleh dikatakan pengundi atas pagar, adalah mereka yang tiada komitmen pada sebarang parti. Mereka ini, bertindak bersendirian. Atas sebab itu, jika mereka turun mengundi, maka akan mencipta  keputusan  baharu sesebuah pilihan raya, seperti mana berlaku pada PRU-14. Mereka ini, menggunapakai FAST Approach, sebab itu sukar dikesan oleh mana-mana parti politik.

Jika pada PRN Johor, pengundi baharu menggunakan pendekatan yang serupa ditambah dengan kesungguhan keluar mengundi, maka parti yang bakal menang, hanya akan diketahui selepas selesai pengiraan undi. Tidak seperti pada PRN Melaka, apabila peratusan pengundi di Pusat-Pusat Daerah Mengundi (PDM) dilaporkan rendah, maka sudah diramal, parti yang ramai penyokong tegar dan ahli adalah pemenang.

Pada hakikatnya, jika kita semua cintakan demokrasi, kita akan kecewa, apabila hanya sebahagian pengundi yang turut serta, walaupun ada pihak yang bersungguh-sungguh, memanfaatkan, dengan rendah pengundi keluar mengundi, maka ianya satu kelebihan atau kekuatan.

Penulis yakin, strategi yang digunakan untuk memanfaatkan penyokong tegar dan ahli parti, ada lah mendekati mereka secara maksimum, pada masa yang sama menjauhkan diri pada pengundi pasif, dan berusaha agar pengundi dalam golongan ini, tidak keluar mengundi, kecuali yang telah dikenal pasti sebagai penyokong.

Cabaran utama, parti-parti yang mengharapkan pengundi pasif, bagai mana golongan ini keluar menunaikan tanggungjawab. Memandangkan ancaman Covid-19, tidak mudah menggalakan golongan ini merisikokan diri. Menerusi keadaan demikian, maka ada lah diramalkan, keputusan PRN Melaka akan berulang pada PRN Johor, walaupun adanya kehadiran 740 ribu pengundi baharu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808