Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

KAD WARGA ASING: SENSITIFNYA ISU INI DI SABAH

$
0
0
BAYANGKAN hanya laporan media memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri, bahawa pendatang asing tanpa izin termasuk anak-anak mereka yang telah berada di Sabah dicadangkan akan diberikan KAD WARGA ASING, sebagai dokumen sah, yang melayakkan mereka untuk terus tinggal di Sabah, mendapat perkerjaan, manakala anak-anak mereka mendapat akses alam persekolahan, mengundang reaksi bagaikan halilintar dari berbagai pihak, baik daripada pemimpin kerajaan juga pembangkang, para individu mahupun pihak-pihak lain di Sabah.

Begitu sensitifnya isu PATI di Sabah, sehinggakan pihak yang memberi reaksi tidak lagi menjalankan penyemakkan pada pihak yang bertanggungjawab, sebaliknya membuat keputusan sepihak, malah ada pemimpin tertentu mengancam untuk menyemak kedudukan dalam kerajaan.

Ekoran reaksi pada laporan akhbar kenyataan Dato Seri Hamzah Zainuddin, Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor terpaksa membuat kenyataan, bahawa jangan dahulu membuat andaian terburu-buru, kerana pada asasnya, tidak sebarang keputusan muktamad berkaitan isu tersebut.

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, hanya satu ulasan atau reaksi pada cadangan RCI PATI Sabah yang telah pun siap menyelesaikan tugasan dan hasilnya telahpun diumumkan.

Pendirian kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ada lah jelas berkaitan isu PATI, iaitu menghantar pulang ke negara asal, melainkan mereka itu mempunyai majikan pada sektor-sektor yang dibenarkan.

Sebenarnya, kerajaan Sabah tidak berkompromi berkaitan PATI, akan tetapi, mempunyai iltizam menyelesaikan isu berdekad ini once for all.

Isu PATI, sekian lama menjadi isu politik, atas sebab itu, sebarang tindakan mengenainya mengundang berbagai reaksi.

Latar belakang, mengapa PATI menjadi isu politik, kerana dihubungkaitkan dengan ledakan peduduk Sabah, diluar kebiasaan kelahiran manusia. Impak ledakan penduduk itu, maka telah mengubah demografi Sabah, yang berimpak pada persempadanan pilihan raya.

Sehingga kini, tiada jawapan konkrit berkaitan ledakan penduduk Sabah, melainkan hanya kecurigaan berkaitan kehadiran PATI, sehingga ada yang mendakwa adanya projek pemberian kad pengenalan, walaupun ianya tidak dapat dibuktikan, termasuk dalam RCI PATI Sabah.

Kerajaan Sabah sebenarnya dalam dilema. Di lain pihak kerajaan memerlukan tenaga kerja yang boleh mendokong sektor pertanian, perindustrian, khususnya berkaitan kerja-kerja 3D (dirty-dangerous-difficult), yang terbukti sukar mendapat tenaga kerja daripada sumber tempatan.

Tidak jauh impaknya ketiadaan tenga kerja daripada golongan ini, kerana kurangnya pekerja dalam sektor peladangan,maka telah mempengaruhi pengeluaran minyak kelapa sawit di negara ini, yang mempengaruhi bekalan minyak itu di pasaran,khususnya minyak paket bersubsidi. Bukan itu sahaja, bekalan sayur mayur, hasil laut juga terimpak, sehingga menyebabkan harga melambung tinggi,kerana bekalan sangat kurang.

Semua pihak perlu mengambil tindakan proaktif dan menang-menang, untuk mencapai satu solusi yang berkekalan berkaitan isu sensitif ini, dan jika boleh dinoktahkan dan jangan lagi menjadi isu politik.

Saling menuding jari, tidak akan mendatangkan sebarang keputusan baik, malah mengundangkan masalah lain. Fikir-Fikirkan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808