Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

MERIAHNYA PRN JOHOR

$
0
0
PRN ke-15 Johor dijangka lebih meriah berbanding PRN Melaka, kerana, selain BN, PN, PKR, PH, parti MUDA dan Pejuang dan kemungkinan juga Warisan akan turun gelanggang, selain itu parti-parti kecil lain serta calon-calon bebas juga akan turut memeriahkan pesta demokrasi.

Kertas undi akan dipenuhi berbagai logo, dan pengundi yang berhadapan kertas undi mungkin tidak sempat melihat logo-logo lain, kecuali logo biasa yang mereka biasa pangkah.

Pada 12 Mac depan, seramai 2.5 juta pengundi berdaftar negeri itu termasuk 740 pengundi pertama mengundi yang juga menyeneraikan 140 ribu pengundi 18, bakal memberi mandat pada parti yang disukai.

Walaupun kertas-kertas undi meriah dengan logo-logo yang mewakili berbagai parti, akan tetapi, kebarangkalian sambutan para pengundi tidak semeriah jumlah calon-calon, memandangkan ancaman Covid-19.

Memang benar, jangkitan covid-19, lebih 97 peratus kategori 1 dan 2, akan tetapi, bagi mereka yang dalam golongan pengundi pasif atau atas pagar, kemungkinan tidak berani merisikokan diri untuk turun mengundi.

Dalam keadaan pilihan raya yang diancam jangkitan virus corona, hanya pengundi yang mempunyai komitmen tinggi pada sesebuah parti sanggup turun untuk memastikan parti yang disokong menang.

Di antara parti-parti yang bakal bertanding, hanya Umno-BN yang menpunyai “votes bank” menerusi penyokong tegar dan keahlian parti. Manakala parti-parti lain bergantung pada keahlian masing-masing yang tidak seramai berbanding yang dimiliki Umno-BN dan pengundi pasif atau pengundi atas pagar.

Rekod pilihan raya di negara ini, parti-parti yang melawan Umno-BN, hanya akan menang jika peratus yang keluar mengundi cukup tinggi, seperti mana pada PRU-14.

Pada PRN Johor, walaupun SPR mensasarkan 70 peratus daripada pengundi berdaftar keluar menunaikan tanggungjawab mereka, nisbah tersebut, belum memadai bagi parti-parti yang melawan Umno-BN untuk menang, walaupun mungkin memberi saingan.

Ada lah jelas, menerusi pertembungan berbagai penjuru, parti yang ramai pengundi tegar dan ahli akan mempunyai kelebihan, walaupun bukan undi popular. Berasaskan sistem First Past The Post, calon yang mendapat bilangan undi terbanyak adalah pemenang, meskipun mendapat kurang separuh daripada bilangan undi.

Pada PRN Johor, tidak dinafikan, apapun dakwaan atau isu yang berkaitan pemimpin parti tertentu, tidak akan mempengaruhi penyokong tegar dan ahli parti. Isu-isu seumpama ini, hanya isu pada pengundi pasif dan atas pagar, dan mungkin juga pengundi baharu atau pengundi 18.

Ramai penganalisis meramalkan, Umno-BN, akan menguasai semula Johor pada PRN kali ini, seperti mana negeri Melaka. Apa-apa pun, sebarang keputusan akan ditentukan oleh pengundi negeri itu, kerana mereka lah yang tahu parti mana perlu diberi mandat.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808