Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

BERI LAH PELUANG GRS MEMERINTAH SABAH

$
0
0
SEHARUSNYA, tiada lagi pemimpin mengungkit berkaitan PRN-16 Sabah, kerana ianya sudah berlalu. Lagi pun, rakyat Sabah sudahpun membuat keputusan, memberi mandat pada gabungan tersebut memerintah negeri.

Keputusan rakyat Sabah memenangkan 17 kerusi bagi PN, 14 bagi BN dan 7 untuk PBS pada PRN itu, membolehkan GRS membentuk kerajaan.

Sebarang perbincangan, kegagalan apa yang dibincangkan sebelum keputusan PRN tersebut sepatutnya dinoktahkan, kerana ianya tidak membawa sebarang makna lagi. Sabah sudah melangkah ke hadapan menerusi visi yang perlu dicapai dan direalisasikan- SABAH MAJU JAYA menjelang tahun 2025.

Sabah tidak patut diheret pada masalah politik di Semenanjung, kerana negeri di bawah bayu itu sudah menentukan hala tuju, untuk membangun dan memajukan rakyat yang ketinggalan berdekad, kerana impak permainan politik pecah dan perintah sejak sekian lama.

Beri lah peluang kepada GRS memerintah negeri, tanpa gangguan, dan pada masa yang sama sila pastikan, apa-apa hak negeri diberikan, tanpa gagal.

Negeri Sabah sedang menunju ke arah yang betul, apabila pada tahun 2021 menempatkan diri pada kedudukan ke tiga menerima pelaburan yang berjumlah RM4.8 bilion.

Kerajaan menerusi SMJ, sedang dan melaksanakan berbagai aktiviti ekonomi untuk melonjakkan perekonomian negeri, supaya kutipan hasil negeri terus mencatit rekod, jika boleh menyamai kutipan negeri jiran Sarawak yang mempunyai kutipan hasil melepasi RM10bilion. Pada tahun 2021, Sabah mencatit kutipan hasil tertinggi sejak merdeka melepasi angka RM5bilion.

Dalam kerangka SMJ, Sabah sedang mengurus kemasukkan pelaburan ke dalam negeri mencecah RM25bilion. Jika pelaburan sebanyak itu berjaya direalisasi, impaknya pada ekonomi termasuk penyedian lapangan kerja cukup siginifikan.

Sabah mempunyai misi yang jelas, untuk keluar daripada negeri yang mempunyai ramai rakyat miskin, ramainya penganggur dan rendahnya pendapatan ketua isi rumah.

Salah satu kaedah yang digunapakai kerajaan yang diterajui GRS adalah memberi peruntukan tahunan sama rata kepada semua ADUN tanpa melihat latar belakang mereka. Matlamatnya, agar semua kawasan turut sama membangun dan maju, dan pada gilirannya, berimpak pada kemajuan dan rakyat negeri secara menyeluruh.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808