Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRN SABAH: KAWASAN TRADISI TIDAK SEMESTINYA BOLEH DIMENANGI

$
0
0
DALAM pilihanraya, tiada jaminan kawasan tradisi sesebuah parti mesti dimenangi. Bukan sedikit kawasan tradisi sesebuah parti berpenggal-penggal, tiba masanya calon yang sama kalah juga, apa tah lagi meletakkan calon baru yang kurang dikenal atau belum ada rekod.

Datuk Seri Najib Razak mengungkit, kerana kawasan tradisi Umno yang ditandingi Bersatu, maka parti itu kehilangan peluang mendapatkan kerusi yang terjamin menang. Mengapa beliau tidak bercakap, kawasan tradisi yang berpenggal dimenangi akan tetapi gagal dimenangi.

Pada PRN Sabah, September, 2020, bukan satu kawasan tradisi Umno, calon parti itu gagal menang, akan tetapi 12, tidak termasuk kawasan baharu.

Tiada jaminan jika 11 kawasan yang dimenangi Bersatu, jika ditandingi calon Umno, maka calon parti itu menang, kerana terbukti di DUN Pitas dan Kembong, calon bebas pula menang. Pitas dan Kemabong dimenangi Umno pada PRU-14. Demikian juga di Dun Lumadan, calon Umno gagal menang, sebaliknya calon PBS, sedangkan calon Umno pada PRU-14, menang dengan majoriti 2,935 menerusi Matbali Musah, sedangkan calon Umno pada PRN tersebut adalah mantan ADUN kawasan tersebut- Datuk Kamarlin Ombi.

Mantan Perdana Menteri itu, gagal menilai, calon-calon Bersatu yang menang itu, adalah wakil rakyat “incumbent” berpenggal di kawasan yang sama.

Faktor kemenangan pada sesebuah pilihanraya, tidak semestinya kerana atas nama parti, akan tetapi calon yang bertanding. Kemenangan besar bakal dirai, apabila berlakunya kombinasi antara parti dan calon.

Sepatutnya, mengungkit apa yang berlaku pada PRN Sabah, tidak perlu lagi, kerana ianya sudah berlalu, lagipun pengundi Sabah telahpun memberi keputusan. Mengungkit apa yang berlaku pada PRN tersebut, seolah-olah tidak menghormati pilihan rakyat Sabah.

Jika mantan Perdana Menteri mempunyai niat baik, sudah tentu akan juga mempersoalkan, mengapa kawasan tradisi Umno yang dimenangi Parti Warisan, tidak dimenangi.

Apa motif mantan Perdana Menteri ke-6 tersebut mengungkit keadaan PRN Sabah? Apa kah beliau mahu menanam syak wasangka antara Bersatu dan Umno yang sedang memerintah Sabah menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang sudah pun meletakkan HALA TUJU yang jelas- Sabah Maju Jaya, sesuai dengan aspirasi rakyat Sabah?

Sabah ketinggalan daripada segi kemajuan mahupun ekonomi, kerana angkara campur tangan pemimpin di luar Sabah yang membawa misi pecah dan perintah, berdekad lamanya, sehinggakan kerajaan negeri bertukar ganti.

Kepada pemimpin GRS, tegakkan misi untuk memajukan negeri dan rakyat, tanpa terpengaruh daripada mana-mana pihak. Teguhkan pendirian, kalau bukan sesama kita, siapa lagi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808