Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PN LAWAN SEBENAR BN

$
0
0
PERIKATAN NASIONAL (PN) hanya ditubuhkan selepas PRU-14 apabila Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Perikatan yang berumur setahun jagung itu, diuji dua kali dalam pilihanraya, pertama pada PRN Sabah dan PRN Melaka.

Semasa PRN Sabah, Perdana Menteri daripada perikatan tersebut, manakala pada PRN Melaka, Perdana Menteri daripada Barisan Nasional.

Pada PRN Johor, sekali lagi, perikatan itu akan masuk gelanggang pilihanraya untuk kali ketiga.

Walaupun perikatan tersebut sangat baru, akan tetapi Barisan Nasional (BN) khususnya Umno memandangnya sebagai lawan utama, berbanding Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai rekod menang pada PRU-14.

Jika kita menganalisis, hujah-hujah para pemimpin Umno, di semua peringkat, jelas sangat, lawan utama mereka adalah Bersatu.

Berbagai hujah pemimpin parti berlambang keris tersebut, Bersatu adalah parti yang mahu menguburkan parti itu, bukannya PKR atau parti-parti lain. Ironinya, PKR juga diterajui oleh serpihan Umno.

Bersatu atau PKR, ditubuhkan oleh pemimpin Umno yang dipecat daripada parti itu. Makna kata, Umno melihat pemimpin yang dipecat tersebut tidak berguna pada parti, melainkan hanya menjadi liabiliti. Cuba fikir semula, bagaimana pula pemimpin yang dikira menjadi liabilti boleh menelan parti yang memecat? Sebabnya, adalah hanya menerusi penubuhan Bersatu, Umno tumbang pada PRU-14.

Dapat dilihat pada PRN Melaka, walaupun Bersatu menerusi PN hanya menang 2 kerusi berbanding Umno 18, akan tetapi di 18 kawasan tersebut calon-calon Bersatu memberi saingan sengit. Gagalnya calon-calon Bersatu, kerana impak peratusan pengundi yang keluar mengundi rendah, yang mana mereka yang menunaikan tanggungjawab mereka, majoritinya adalah penyokong tegar dan ahli parti Umno.

Pada PRN Johor, Umno mahu mengulangi trend pengundian di Melaka, dengan mengharapkan, pengundi yang keluar mengundi tidak lebih 65 peratus daripada 2.57 juta pengundi termasuk 740 ribu pengundi 18. Mungkin akan berlaku, daripada 1.8 juta pengundi yang digunakan pada PRU-14, kurang 65 peratus yang akan turun mengundi, dan mungkin juga berlaku pada pengundi 18, kerana mereka ini, berselerak di seluruh negara, kerana sedang menuntut di pelbagai instituasi pengajian tinggi.

Atas pertimbangan tersebut, maka sebab utama, Umno mengadakan pilihanraya negeri, kerana situasi dan kondisi menurut pandangan pemimpin parti itu lebih memberi kelebihan pada mereka. Selain itu, Umno juga mahukan kemenangan sebagai strategi utama berhadapan dengan PRU-15.

Jika Umno menang pada PRN Johor, maka berhadapan dengan PRU-15 lebih mudah yang hanya membabitkan parlimen. Sebagai kerajaan negeri, sudah tentu, mempunyai jentera yang cukup dan dan mempunyai kelebihan berbanding parti lawan. Johor mempunyai 26 kawasan parlimen. Jumlah tersebut sangat signifikan pada mana-mana parti yang ingin menang di peringkat Persekutuan.

Pada PRN Johor, tidak mustahil akan sekali lagi berlaku kejutan, seperti PRU-14, walaupun dalam keadaan yang berbeza. Keyakinan Umno, tidak semestinya menjadi realiti, memandangkan pengundi negeri tersebut, pernah melakukan kejutan pada PRU-14. Kekalahan teruk para pemimpin utama Umno pada PRU-14, masih menjadi mimpi buruk pada parti itu, walaupun mereka ini tidak lagi menjadi calon pada PRN kali ini.

Memang di atas kertas, PN di bawah pimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin menghadapi “uphill battle”, akan tetapi sebagai pemimpin yang telah masak dengan politik negeri, sudah tentu mempunyai “touch” di kalangan pengundi negeri tersebut.

Bersatu bersama PN, berhadapan dengan pengundi Johor dengan tiga misi- Mengekalkan kerharmonian rakyat berbilang kaum yang bersatu padu dalam sebuah negara majmuk, Menjunjung prinsip tadbir urus yang baik dan berintegriti dalam pentadbiran Kerajaan dan Mempertahankan dan menegakkan kedaulatan undang-undang (Rule of Law).

Rakyat Johor terpaksa memilih, apa kah memilih parti yang bertentangan tiga visi PN tersebut atau kah akur dan setuju.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808