DALAM negara ini, rakyat setiap negeri mempunyai kecenderungan politik sendiri. Atas sebab itu, di negeri-negeri tertentu, ada parti yang kuat, akan tetapi tidak kuat di negeri-negeri lain.
Mungkin atas sebab, Umno merupakan parti terkuat di Johor sejak merdeka, dan hanya sekali hilang kuasa pada PRU-14, maka berkeyakinan tinggi, sokongan terhadap parti itu telah pulih, kerana terbukti pada PRN Melaka. Melaka juga ada lah negeri wilayah Umno seperti Johor,sebelum hilang kuasa pada tahun 2018.
PRN Melaka dan Johor berbeza. Di Melaka perlu diadakan, kerana kerajaan hilang sokongan, manakala di Johor, PRN diadakan secara unilateral oleh sebuah parti bukan majoriti, tetapi mengambil peluang kuasa yang diberikan parti-parti lain, menasihatkan Sultan Johor membubarkan DUN.
Menteri Besar Johor berani bertindak mengadakan PRN, kerana merasa yakin, parti yang beliau wakili akan menang besar. Asas yang digunapakai, selain PRN Melaka, juga faktor parti lawan yang dilihat lemah.
Selain itu, faktor ancaman pandemik Covid-19, yang menjadi penghalang pada pengundi atas pagar turun mengundi, juga sebahagian daripada keputusan diadakan PRN mengejut.
Para pemimin Umno sedar, kemenangan parti itu akan terjamin, jika hanya penyokong tegar dan ahli parti sahaja yang turun mengundi, seperti mana berlaku pada PRN Melaka. Ada lah menguntungkan Umno, jika peratusan yang turun mengundi rendah. Kerana faktor peratusan pengundi, maka Umno mensasarkan “trash hold” 65 peratus. Ertinya peratusan yang keluar mengundi tidak melebihi angka tersebut.
Tidak mudah bagi parti-parti lain untuk “push” seramai mungkin pengundi, termasuk lah SPR, kerana mungkin, para pengundi yang tiada komitmen pada sesebuah parti atau pengundi atas pagar untuk hadir mengundi.
Tidak pasti apa yang berlaku pada PRN Johor kerana lebih 700 ribu pengundi 18 akan sama terlibat, apa kah kategori pengundi ini juga terpengaruh tidak turun mengundi kerana impak Covid-19? Jika pengundi golongan ini, bakal turun fullforce, bukan sahaja mempengaruhi keputusan akan tetapi menjadi game changer hala tuju politik setidak-tidaknya di negeri Johor. Faktor pengundi muda lah yang menjadi penyebab, mengapa keyakinan sesebuah parti tidak semestinya menjadi realiti.
Realitinya, tiada mana-mana parti boleh meramal ke arah mana pengundi 18 akan mempertaruhkan hak mereka. Ertinya semua parti berhadapan dengan keadaan yang sama. Namun apa yang pasti, parti yang mampu mencari titik point aspirasi pengundi kategori itu, akan mendapat kelebihan.