Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

KEBAJIKAN RAKYAT ATAU KESTABILAN POLITIK?

$
0
0
KADANGKALA, kita tidak percaya, kebajikan rakyat terbela dikala adanya ketidak stabilan politik.

Apabila politik tidak stabil, dan kerajaan perlu sokongan pembangkang, maka pendekatan kerajaan off the day berubah, seperti mana berlaku pada kerajaan hari ini, samada kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan-kerajaan negeri, kecuali kerajaan-kerajaan negeri yang mempunyai sokongan kukuh seperti Melaka, Selangor, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan dan Terengganu serta Sarawak. Negeri Sabah, meskipun mempunyai majoriti kukuh, akan tetapi mengambil pendekatan, wakil rakyat pembangkang juga diberikan peruntukan tahunan.

Jarang berlaku dalam politik negara, pemimpin kerajaan off the day menghormati wakil-wakil rakyat pembangkang, termasuk menerima pandangan mereka. Akan tetapi situasi itu berubah impak PRU-14.

Jika ditelusuri dengan teliti, ketidak stabilan politik, lebih menguntungkan rakyat secara keseluruhan, bukan sahaja daripada segi pembangunan dan kemajuan, akan tetapi wakil-wakil rakyat rata-rata mesra rakyat.

Pada era, kerajaan off the day mempunyai sokongan kukuh termasuk kuasa 2/3, bukan mudah bagi rakyat biasa berjumpa dengan wakil-wakil rakyat, kerana mereka itu, selain dipagari juga memberi alasan kesibukan melampau sehinggakan tiada sedikitpun masa boleh diluangkan untuk bertemu rakyat. Kalau pun rakyat sempat bersalaman dengan wakil-wakil rakyat atau mereka yang berjawatan kerajaan, apabila diadakan majlis-majlis mega, dengan hamparan karpet merah.

Apa kah rakyat negara ini ingin kembali pada cara lalu? dan menyokong hujah sesetengah pemimpin parti politik yang memerlukan sokongan kuat demi kestabilan politik? sambil mendakwa bahawa hanya menerusi kestabilan politik, maka rakyat dapat dibela demikian juga kebajikan mereka?

Contoh paling terbaharu, jika dahulu, jarang sekali mangsa-mangsa bencana alam mendapat bantuan, selain bantuan makanan, tetapi pada masa ini, bukan sahaja diberi bantuan tunai,juga termasuk bantuan membersihkan rumah, membaik pulih rumah, malah membina rumah baru, juga bantuan membaiki kereta-kereta selain bantuan membeli perkakas rumah. Maknanya, apabila tiadanya kestabilan politik, maka berlakulah pendekatan mesra rakyat atau rakyat diutamakan. Matlamatnya tidak lain tidak bukan, kerajaan off the day atau pemimpin memerlukan sokongan rakyat untuk kekal berkuasa.

Hakikatnya, salah guna kuasa sesetengah pemimpin kerajaan berlaku, apabila adanya kestabilan politik, menerusi kerajaan yang kuat daripada segi jumlah kerusi samada di parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri.

Salah laku beberapa pemimpin yang sempat singgah di mahkamah ataupun yang masih dibicarakan, ada lah produk kerajaan yang mempunyai sokongan kukuh yang dikuasai oleh parti dominan.

Hakikatnya rakyat negara ini berada dalam keadaan dilema, menyokong sesebuah parti agar menjadi parti dominan, dengan harapan kebajikan mereka dapat dibela, malangnya ada pemimpin menjadi petualang, untuk kepentingan diri dan kroni.

Satu tanda tanya besar, apa kah rakyat hendak mengulangi keadaan yang sama? Atau kah para pemimpin yang berubah? Untuk menghapuskan stigma masa lalu? Setidak-tidaknya, para pemimpin kerajaan Sabah yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah mengorak langkah menyakan stigma lampau. Para pemimpin GRS, benar-benar menunjukkan, kestabilan politik, ada lah pemudah cara membela kebajikan rakyat. Penulis teringat, slogan masa lampau yang kerap berkumandang di kaca TV dan corong-corong radio- SABAH WILL SHOW THE WAY!!!!.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808