Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

BERPOLITIK UNTUK KEDUDUKAN ATAU PERJUANGAN?

$
0
0
DI Sabah sudah menjadi lumrah, apabila sesebuah parti politik tidak lagi boleh memberi kedudukan, maka akan ditinggalkan. 

Oleh kerana keadaan demikian, mereka yang sedang menyertai sesebuah parti yang memberikan kedudukan dan status, mempergunakan peluang tersebut, semaksima mungkin, mempertabatkan parti yang disertai, agar kekal relevan dan disokong rakyat. Kerana mereka ini tahu, apabila sesebuah parti kehilangan kuasa, maka secara perlahan-lahan parti itu melemah dan seterusnya tenggalam.

Memperkuat parti boleh melalui berbagai cara, seperti penubuhan sebanyak mungkin cawangan, atau mengumpul mereka yang ada pengaruh termasuk wakil-wakil rakyat yang berhijrah.

Di Sabah, Parti Warisan sedang menunju karam, kerana secara berperingkat bakal ditinggalkan samada pemimpin atau wakil rakyat, kerana parti itu, tiada kemampuan lagi memberi kedudukan dan status. Karamnya parti berlambangkan perahu layar tersebut, kerana asas penubuhannya bukan untuk kepentingan rakyat dan negeri, akan tetapi hanya berpaksi pada emosi dan dendam, selain untuk mendapatkan kedudukan dan status mempergunakan rakyat.

Para pemimpin yang dibuai kedudukan dan status, seperti biasa mempergunakan rakyat sebagai alasan untuk keluar parti. Bagi kerajaan pula, tindakan seumpama itu, memang dialu-alukan, supaya kestabilan politik terwujud. Politik yang stabil ada lah pemangkin kepada kemajuan, kerana para pemimpin kerajaan tidak diganggu dengan karenah politik.

Kerajaan Sabah yang diterajui GRS, hanya mempunyai sokongan majoriti mudah yang kukuh, dan memerlukan beberapa ADUN lagi untuk mencapai kuasa 2/3. Apabila mempunyai kuasa 2/3 maka kerajaan boleh mengubah perlembagaan yang tidak sesuai dengan kehendak rakyat dan keperluan negeri.

Sama-sama kita ketahui, semasa kerajaan Warisan, ada beberapa perlembagaan negeri telah diubah, sedangkan perubahan itu, sebenarnya bertentangan dengan kehendak majoriti rakyat.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808