Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

ANTARA BENCANA & PUBLISITI

$
0
0

SEMENTARA ramainya mangsa, termasuk mereka yang kehilangan nyawa, selain kerosakan harta benda, ada pemimpin politik menjadikan bencana untuk mendapatkan publisiti.

Tidak kurang juga tindakan menuding jari pada kerajaan termasuk agensi yang dinaungi kerajaan, selain dakwaan lambatnya respon juga minimanya koordinasi dan pengurusan  samada kerajaan negeri mahpun Persekutuan.

Bencana banjir bukan lah baharu bagi negara, saban tahun, pada penghujung tahun, pasti berlaku musibah itu, impak angin monson dan hujan lebat.

Namun pada kali ini, apabila berlaku banjir pada skala besar yang berlaku di negeri Selangor, nampaknya semua pihak terperangkap dan terpingah-pingah, macam tidak percaya, skala air bah yang begitu besar boleh berlaku.

Dikatakan banjir yang melanda Selangor pada 17 Disember, berlaku sekali dalam tempoh 50 tahun, ertinya, mengulangi kejadian tahun 1971.

Apabila berlakunya banjir yang begitu besar, selain merosak harta benda, juga mengorbankan nyawa, banyak yang mempersoalkan, pengwujudan rumah-rumah kediaman di pinggir sungai dan kawasan rendah, seperti Taman Sri Muda, Shah Alam. Malah timbul persoalan pihak mana meluluskan pembinaan taman perumahan di kawasan tersebut. Seperti kata peribahasa, rumah siap pahat berbunyi, juga menyalahkan mengapa ibu mengandung.

Sebenarnya jika manusia berfikir sejenak, dan berkomunikasi dengan alam, maka sudah tentu tahu jawapannya. Setiap kawasan rendah, apa tah lagi keadaan topografinya di bawah paras laut, seperti banyak kawasan di Selangor, maka apabila berlaku pertembungan air laut pasang dan diserentakkan dengan hujan lebat, maka tumpuan air ada lah kawasan rendah, sesuai dengan hukum tarikkan graviti.

Namun, demi keperluan rakyat berkaitan perumahan, infrastruktur, para jurutera mengorbankan ilmu mereka, semata-mata untuk memenuhi kehendak pemaju dan kontraktor, sehinggakan tidak memikirkan implaksi kemudiannya.

Akibat keperluan rakyat dan pembangunan, kejadian bencana yang bakal membinasakan harta benda, tidak akan dapat dihalang, ertinya setiap daripada kita perlu bersedia menghadapinya, dan jangan lagi cuba menunding jari apa tah lagi menyalah pihak lain.

Apa yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan hanya untuk cuba membina berbagai tebatan banjir sebagai upaya mengurangkan kesan yang lebih besar. Kejadian banjir di Selangor sebenarnya dapat dikurangkan kesannya, jika tebatan-tebatan banjir yang telah diluluskan semasa Kerajaan Barisan Nasional diteruskan. Pembinaan-pembinaan tebatan-tebatan tersebut sebahagian besar dibatalkan apabila Selangor diambil alih Pakatan Harapan (PH) bermula pada tahun 2008.

Kini, akibat keputusan yang salah, kerana bermotifkan politik, maka rakyat Selangor menjadi mangsa.

Kerajaan Keluarga Malaysia yang diterjaui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub menerima kesannya, seolah-olah kejadian banjir mencerminkan ketidak upayaan kerajaan berhadapan bencana seumpama itu.

Apa yang malang, ada penyokong Pakatan Harapan, termasuk seleberiti ahli PKR menunding jari pada agensi kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kononnya lambat bertindak, sedangkan mereka yang munding jari itu, hanya terperok dalam bilik berhadapan dengan keyboard dan memanfaatkan kemudahan internet.

Selain itu juga, ada pemimpin yang datang melawat kawasan yang dilanda banjir, lengkap dengan perekeam, untuk dimuat naik di laman-laman sosial, yang diiringi berbagai ulasan untuk menunjukkan kepekaan mereka.

Bagi penulis, ada lah tidak adil menuding jari pada kerajaan Persekutuan, kerana kerosakan yang berlaku begitu besar sekali, kerana sebelumnya, telah pun menyediakan halangan seperti membina tebatan banjir, bertujuan meminimakan kesan bencana, malangnya strategi tersebut tidak diguna pakai kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan.

Menerusi bencana besar air bah melanda Selangor, diharapkan semua pihak mengambil iktibar, untuk tidak lagi membatalkan sebarang pembangunan yang telah dirancang, apabila berlaku perubahan kerajaan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808