TREND politik negara telah berubah, apabila pemimpin yang bermasalah, boleh menang dalam pilihan raya. Kemudian itu, sesebuah kerajaan yang disokong pemimpin atau wakil rakyat sedemikian, boleh wujud dalam negara.
Berasaskan keadaan demikian, apa kah pemimpin bermasalah bukan lagi menjadi pedoman pengundi atau rakyat pada pilihan raya? Kerana terbukti, mereka yang termasuk dalam kategori ini boleh menang, malah diberikan kedudukan yang cukup baik.
Oleh kerana trend sedemikian, maka tidak pelik, tindakan Naib Presiden Warisan- Datuk Peter Anthony yang keluar parti dan menyatakan sokongan pada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor. Apa yang menarik lagi, alasan yang diberikan ADUN Melalap itu, tindakan keluar parti asal, adalah demi kebaikan rakyat dan negeri.
GRS bukan lah parti rasmi, akan tetapi hanya persefahaman antara parti-parti, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan PBS.
Peter seperti mana dipetik akhbar pada Selasa, 28 Disember, 2021, secara rasmi keluar daripada parti pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal bersama ADUN Limbahau- Datuk Juil Nuatim. Setakat ini, 5 ADUN Warisan telah keluar parti yang didahului ADUN Sebatik, Sindumin dan Segama.
Peter diminta membela diri, dalam isu pemalsuan dokumen membabitkan projek di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Selain itu, ADUN Melalap itu sedang berhadapan satu lagi kes jenayah membabitkan wang RISDA.
Peter dikatakan dalam proses mendaftarkan sesbuah parti berbilang kaum.
Jika parti yang diasaskan ADUN Melalap itu menjadi kenyataan, maka rakyat Sabah khususnya kaum KDM, mempunyai banyak pilihan, selain DAP, PKR, Bersatu, STAR, PBRS, PBS dan UPKO, malah Umno dan Warisan.
Ada lah menjadi cabaran pengundi di masa hadapan, apa kah akan menyokong para pemimpin yang tiada isu moral atau masalah? Mungkin, dengan pengelibatan pengundi muda terutama pengundi 18, akan membariskan para pemimpin atau wakil rakyat yang bebas isu.
Jika politik dan pemerintahan negara hendak dibebaskan daripada para pemimpin yang terpalit isu, maka PRU-15,mungkin sebagai permulaan? Biar lah negara diperintah atau ditadbir oleh mereka yang baharu, berbanding bersandar pada para tokoh-tokoh yang bergelumang berbagai isu.