BUKAN main riuh rendahnya, para pemimpin yang ingin mengembalikan semangat Perjanjian Malayisa 1963 (MA63), sebelum ini, akan tetapi, tindakan mereka itu, hanya tin kosong. Bertahun-tahun dengan suara nyaring, sehinggakan suara hilang dan tenggelam.
Kerana perubahan kerajaan Persekutuan pada Mac, 2020, untuk pertama kalinya dilantik seorang menteri Hal Ehwal Sabah & Sarawak. Oleh kerana menteri yang dilantik, macam “diam”,maka ramai neitzen meraguinya. Menteri tidak nyaring bercakap, rupanya, bertindak diam-diam ubi berisi.
Akhirnya MA63 kembali pada asal pada 14 Disember, 2021, apabila disokong oleh 200 ahli parlimen, tanpa seorang pun yang membantah daripada 220 ahli parlimen keseluruhan.
Menteri yang berkaitan Datuk Maximus Ongkili, berpegang pada kata-kata Perdana Menteri ke-8 yang diucapkan pada Mac, 2020 “Max, PH (Pakatan Harapan) tried to amend Article 1(2) but failed. You should try to table it again, but this time, talk to Sarawak to make sure that the Malaysia Agreement gets into the Federal Constitution through an amendment to Article 160(2). If you think you can get the numbers, and the votes, the Cabinet will back you all the way”.
Kerana MA63 sudah diletakkan pada asal, maka Sabah & Sarawak mewakili negeri-negeri di Borneo, Tanah Melayu (mewakili negeri-negeri lain).
14 Disember, 2021 refleksi sejarah 16 September 1963, dengan keadaan hitam putih antara negara-negara yang membentuk Persekutuan. 58 tahun selepas kewujudan Persekutuan Malaysia, rakyat Sabah & Sarawak, masih terdapatnya keadaan lebih setengah abad lalu, khususnya berkaitan kemudahan asas, kesihatan dan pendidikan.
Sabah dan Sarawak dikurniakan Tuhan dengan harta karun, seperti minyak & gas, hutan yang tebal, namun harta itu, selepas diteroka, tidak memberi kesejahteraan pada anak-anak watan, melainkan dieksplotasi pihak lain, untuk memajukan kawasan lain.
Cuba bayangkan, Sabah hanya baru menubuhkan syarikat minyak & gas sendiri selepas 58 tahun, berdekad lamanya sejak tahun 1976, hanya mendapat bayaran tunai 5%. Sabah & Sarawak hanya mendapat manfaat lebih sedikit daripada produk petroleum apabila mengenakan cukai jualan 5%, bermula dua tahun lalu.
Apa kah dengan kembalinya semangat MA63, maka mempercepat kemajuan Sabah & Sarawak? Semuanya terletak pada iltizam kepimpinan yang ada pada hari ini. Jangan lagi berulang apa yang berlaku setengah abad lalu, terutama wujudnya pecah & perintah di kalangan para pemimpin tempatan, yang telah berlaku perubahan kerajaan yang kerap, yang telah berimpak kemunduran negeri dan rakyat.