Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

HANYA 100 HARI-ADA PLAN SUDAH DITUMBANGKAN

$
0
0

BENAR lah berhadapan dengan orang-orang tamak, tidak akan berhenti, selagi kemahuan tidak tercapai.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub baharu sahaja menyambut 100 hari sebagai Perdana Menteri, telah mengundang penyokong kerjaan Keluarga Malaysia mengadakan sidang akhbar untuk menyatakan sokongan, agar Perdana Menteri dikekalkan sehingga tamat penggal.

Belum pun, tiga krisis serangai benar-benar melabuhkan tirai, muncul pula desakan diadakan PRU-15 segera daripada mereka yang telah ditolak rakyat pada PRU-14 lalu. Desakan itu kononnya mengambil momentum kemenangan pada PRN-15 Melaka.

Memang diakui program imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) hampir berjaya, dan tentunya berimpak pada aktiviti pemulihan ekonomi, namun, negara pula berhadapan dengan kenaikkan harga barang, tanpa kecuali.

Dalam keadaan kerajaan bertungkus lumus menjayakan perancangan yang buat sejak Mac 2020, untuk kepentingan rakyat dan negara, pihak-pihak yang tamak tidak henti-henti menggagalkannya dengan berbagai tindakan termasuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Sementara sebahagian besar rakyat dan penyokong menyambut baik tumbangnya kerajaan yang dikuasai DAP, malangnya ada sesetengah pemimpin cuba mengambil peluang tersebut untuk kepentingan peribadi.

Oleh kerana “kepentingan peribadi” tidak tercapai, maka mereka ini cuba menggunakan sistem demokrasi dengan mendesak diadakan PRU-15 sesegera mungkin, sedangkan Perdana Menteri mempunyai tanggungjawab moral pada parti-parti yang menyokong beliau.

Kata peribahasa, kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji.

Sebenarnya PRU-15, tiada isu utama, atas sebab itu, pilihan raya itu merupakan pilihan raya “happy-happy”, berbeza dengan PRU-14, kerana satu isu- menggulingkan Datuk Seri Najib Razak.

Keputusan PRU-15, sepenuhnya bersandarkan pada keputusan rakyat, parti mana dikira boleh disandarkan membela rakyat secara umum dalam jangka panjang. Hakikatnya segera atau selepas tamat penggal parlimen ke-14, tidak banyak berbeza, kerana rakyat sudah mengenal pasti parti mana diberikan mandat.

Pada asasnya keadaan ini disedari Perdana Menteri, atas sebab itu, beliau meminta sokongan sehingga penggal tamat untuk melunaskan amanah yang telah diberikan, agar beliau TIDAK tercatit sebagai Perdana Menteri yang gagal melunaskan tanggungjawab.

Tidak timbul, kerajaan Keluarga Malaysia, yang ditubuhkan hasil gabungan berbagai parti kononnya mempunyai misi masing-masing, sedangkan kerajaan yang ditubuhkan juga disokong parti pembangkang, kecuali parti Warisan, hanya khusus untuk menangani krisis kesihatan dan ekonomi impak pandemik Covid-19.

Alang kah gembiranya penduduk Sabah dan Sarawak, kerana menerusi Kerajaan Keluarga Malaysia, akhirnya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kembali pada asal. Selain itu, akan berlaku juga, perubahan berkaitan hari kemerdekaan, bakal tidak berlaku lagi dual sambutan, melainkan hanya menyambut HARI MALAYSIA yang jatuh pada setiap 16 September.

Ada lah difikirkan, memberi peluang kepada Datuk Seri Ismail meneruskan tugas beliau, dan apabila tamatnya tempoh jawatan, maka sama-sama kita berpesta demokrasi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808