Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Menggulingkan DS Najib- Jangan Ambil Mudah Pembelot

$
0
0
1. Sidang Dewan Rakyat yang bermula pada hari ini Isnin 19 Oktober selama 25 hari atau 7 minggu, boleh sahaja berlaku pengulinggan Perdana Menteri, 

2. Memang daripada segi pembangkang jumlah mereka tidak mencukupi menggulingkan Perdana Menteri, namun jangan ambil mudah pembelot. Pembelot boleh sahaja muncul tiba-tiba bagi memenuhi kepentingan masing-masing.

3. Pembelot, akan datang daripada mereka yang tidak disangka. Ambil pengelaman Kerajaan Perak di bawah Pakatan Rakyat dan Kerajaan Sabah di bawah Parti PBS. Kedua-kedua peristiwa itu, tidak terbayang sebelumnya, kerana mereka yang membelot adalah mereka yang terlalu dekat dengan pucuk pimpinan bagi kerajaan negeri berkenaan.

4. DS Najib kena hati-hati dan perlu mampu mengenaipasti berbagai kejadian atau keadaan yang mengarah kepada pembelotan.

5. Perlu diketahui bahawa pembelot, tidak selalunya datang daripada mereka yang bersuara lantang, sebaliknya, daripada mereka yang nampak tenang, seperti air tenang yang mempunyai buaya ganas.

6. Dalam masa 25 hari daripada sekarang, semua kemungkinan boleh sahaja berlaku. Jangan ambil mudah cara pembangkang mengemukan usul tidak percaya yang menggunakan MP biasa, kemudian Lim Guan Eng meminta pula, agar usul tersebut ditarik, dengan membayangkan, bahawa DAP tidak bersetuju dengan cara itu. Tujuan kepada permainan ini, agar para MP Bn yang menyokong DS Najib leka. Jangan lupa, pelandok boleh lupa jerat, namun jerat sebaliknya.

7. AYT mempunyai firasat tidak sedap, bahawa terdapatnya gerakan tersusun daripada pihak-pihak tertentu yang nampak menyokong PM, namun sebaliknya sedang menyusun kaedah bagaimana menggulingkan PM ke-6 tersebut. Harap-harap firasat AYT ini tidak benar, sehinggalah ke PRU-14.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808