1. Tamparan hebat kepada MP PKR Petalingjaya Selatan Hee Loy Sian, apabila DAP tidak bersetuju dengan usul yang dibawa oleh MP itu. Dap melalui Lim Guan Eng, bukan sahaja tidak bersetuju tindakan MP PKR itu, malah memintanya menarik balik usul tersebut.
2. Menurut Guan Eng, usul seumpama itu, bukan usul main-main atau menurut istilah Ketua Menteri Pulau Pinang itu, bukan main guli, sebaliknya usul tersebut merupakan usul serius.
3. Menurut Guan Eng, usul seumpama itu, bukannya dibawa oleh MP biasa, tetapi lazimnya oleh Ketua Pembangkang, sepertinya mana berlaku di negara-negara lain.
4. Nampaknya, usul tidak percaya kepada DS Najib, merupakan tindakan olok-olok oleh para MP Pembangkang, ertinya, tindakan itu bukanlah serius sepertimana mereka gembar gemburkan.
5. Perlu dingatkan, bahawa usul tidak percaya kepada Perdana Menteri atau mana-mana ahli parlimen, bukan terdapat dalam peraturan Parlimen Malaysia. Untuk itu sebarang usul seumpama itu sebenarnya, hanya sia-sia.