1. Menteri Besar Johor Datuk Khaled Nordin menyarankan, untuk untuk kekal relevan dan diterima rakyat, parti tunjang kerajaan tersebut perlu dipimpin mereka yang berwibawa dan tidak terpalit sebarang skandal.
2. Disebalik apa? kenyataan MB Johor tersebut berbuat demikian? sedangkan pada masa ini, Presiden Umno terpalit dengan berbagai skandal.
3. Walaupun skandal yang menyelubungi Presiden hanya merupakan persepsi, kecuali pengakuan beliau berkaitan wang derma RM2.6bilion, kenyataan MB Johor tersebut, seolah-olah menjadi katalis kepada ahli akar umbi serta rakyat atas pagar untuk berfikir sejenak berkaitan dengan parti Umno.
4. Tidak dapat dipungkiri, pada masa ini parti Umno dalam keadaan gawat, ekoran kemelut yang menyelubungi Presidennya, apatah lagi serangan bertali arus daripada para pemimpin veteran yang diketuai Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.
5. Memang diakui, Parti Umno masih mempunyai para pemimpin yang berwibawa. Di Sabah misalnya, ada Datuk Musa Aman sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri, ada Datuk Salleh Tun Said sebagai Timbalan Pengerusi Umno Negeri, ada Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan sebagai pemimpin muda yang berwibawa dan berintegriti, ada Datuk Rahman Dahlan seorang pemimpin yang dinamik, ada Datuk Musbah sebagai pemimpin akar umbi dan ramai lagi. Demikian juga di negeri-negeri lain, seperti Dato Mustapha Mohammad, ada Dato Mukhriz Tun Mahathir, ada Khairy Jamluddin, ada Razali Ibrahim, dan diperingkat pucuk pimpinan parti ada Dato Seri Zahid Hamidi, ada Dato Seri Hishamuddin Hussien.
6. Kenyataan Khaled Nordin tersebut, walaupun secara umum, tetapi seolah-olah menyindir Presiden Parti yang juga Perdana Menteri. Memang disebalik kenyataan tersebut, MB Johor tersebut tidak mahu susu sebelanga rosak hanya kerana setitik nila. Tetapi, perlu diakui, bahawa dakwaan terhadap Presiden parti hanya merupakan persepsi akibat laporan pihak-pihak tertentu termasuk media asing yang menyudutkan dan memburukkan imej Presiden dan Perdana Menteri.
7. Ahli Umno kena sedar, bahawa untuk melemahkan dan menjatuhkan parti, tindakan para musuh dan penyerang adalah ketua parti, kerana mereka tahu benar, bahawa ikan mula membusuk melalui kepala. Ahli Umno perlu melihat ke belakang, mengapa sebelum ini, belum terdapatnya serangan bertali arus terhadap DS Najib Razak, sedangkan PM tersebut telah terlibat dalam kancah politik tanah air sejak tahun 1976.
8. Ahli Umno dan para pemimpinnya, kena berusaha memperbetulkan keadaan, dengan mengelak membuat kenyataan yang menjadi pemangkin kepada kebencian.
9. Ahli Umno dan para pemimpinnya kena mengambil iktibar perggantian kepimpian pada Tahun 2009, kononnya pergantian kepimpinan tersebut boleh mengembalikan kekuatan Bn, namun apa yang diperolehi, telah dibuktikan melalui PRU-13, Bn bukan sahaja gagal mendapatkan kuasa 2/3 di Dewan rakyat akan tetapi kehilangan undi popular.
10. Ahli Umno kena ingat, meskipun pada PRU-13, Bn mengalami kemerosotan undi, akan tetapi Umno sebagai parti telah menambah jumlah kerusi daripada 79 ke 88. Pertanda itu, menggambarkan penerimaan akar umbi serta penyokong atas pagar terhadap DS Najib sebagai Presiden parti. Memang, pada PRU-13 belum munculnya isu 1MDB, tetapi isu masa itu tidak kalah beratnya, kerana menyangkut keagamaan, iaitu isu Kalimah Allah dan Injil.
11. Kemelut 1MDB hanya merupakan masalah pengurusan dan pentadbiran, bukan menyangkut perasaan. Isu 1MDB hanya berkaitan dengan pengurusan kewangan, atas sebab itu, bagi mengatasinya perlu juga melalui kaedah itu. Syarikat milik Kementerian kewangan tersebut telah menyatakan dua hari lalu, menjelang akhir tahun ini, rasionalisasi syarikat tersebut dapat melunaskan hutang yang dipinjamnya sebanyak RM42 bilion melalui kerjasama dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Di Abu Dhabi, selain itu, syarikat itu akan mendapat aliran tunai melalui harta tanah yang di TRX, Bandar Malaysia, tanah Ayer Itam Pulau Pinang dan tanah di Pulau Indah, Selangor.
12. Oleh kerana kritikan terhadap Presiden dan Perdana Menteri berkaitan dengan 1MDB, maka dengan selesainya kemelut syarikat tersebut, apa kah pengeritik akan berhenti mengeritik? jawabannya, tidak, kerana telah menjadi lumrah musuh, tidak akan berhenti, selagi tidak dapat merampas kuasa. Kepada para ahli Umno, ambillah iktibar, bagaimana kedudukan Lim Kit Siang dalam DAP, sejak penubuhan parti itu lebih setengah abad lalu, pemimpin veteran DAP tersebut masih bertengek pada kedudukkannya semata-mata mahu merampas kuasa.
13. Janganlah sebagai ahli dan pemimpin Umno, sanggup mengatakan bahawa kepimpinan Umno sudah bobrok, sebaliknya, perlu menganalisa dan melihat ke belakang peristiwa yang menyebabkannya.