Tindakan Datuk Seri Idris Haron bersama tiga yang lain yang menyebabkan diadakan PRN-15 Melaka, dipandang jejek oleh pemimpin Umno, dan kerana itu, mantan Ketua Menteri itu dipecat daripada parti.
Kadangkala, kita lupa, erti bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.
Jika diperdalami, Umno yang hilang kuasa pada Pru-14, KEMUDIAN, berkuasa semula, adalah usaha berangkai yang melibatkan berbagai pihak, samada secara langsung mahupun tidak, dengan berbagai kaedah, termasuk tindakan “pengkhianatan” hanya kerana satu visi, KERAJAAN melayu dipulihkan.
Mungkin ramai yang tidak sedar, tindakan Bersatu dan kumpulan Azmin Ali serta "pengkhianat Umno" yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang, adalah sebahagian visi tersirat, seperti juga tindakan Idris Haron.
Jika tindakan berangkai itu dikuantitatifkan, dan diuji menggunakan ujian statistik misalnya menggunakan metodologi ujian t-test, akan terbukti hipotesa, bahawa semua tindakan tersebut adalah untuk mengembalikan kerajaan melayu menguasai semula kerajaan, dengan tingkat kepercayaan 95 peratus.
Kini, visi utama menerusi PRN-15 Melaka, menafikan sama sekali, kerajaan yang dipengaruhi DAP tercapai. Kekalahan teruk PKR dan kehilangan 4 kerusi DAP pada PRN tersebut, menggambarkan, erti persaingan yang diberikan Perikatan Nasional.
Fakta tidak berbohong. 60 peratus pengundi mahukan sebuah kerajaan bukan daripada Umno atau BN. Oleh kerana saingan yang diberikan PN pada PH yang dikatakan bakal menang pada PRN Melaka, kerana berasaskan keputusan PRU-14,maka 60 peratus pengundi tersebut hampir terbahagi dua pada masing-masing parti. Akibat persaingan sengit tersebut, Umno yang mempunyai penyokong akar umbi dan tegar, selesa dengan sokongan 40 peratus yang diterjemahkan kepada 18 kerusi daripada 20.
Bersetuju atau tidak, pada PRN Melaka, KATAK atau PENGKHIANAT itu sebenanya LILIN, yang membakar diri untuk menerangi kegelapan.