APA yang menjadi pengajaran pada PRN-15 Melaka, betapa signifikannya sokongan akar umbi menjadi penentu kemenangan pada parti yang mempunyai “bank votes” daripada kumpulan tersebut.
Juga dalam pilihan raya kali ini, pengundi bukan penyokong akar umbi, bersaing, memilih antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), walaupun sebelum pembuangan undi, ramai penganalisis membuat kesimpulan, bahawa pertembungan tiga penjuru memberi kelebihan pada PH.
Dalam situasi rendahnya peratusan pengundi yang menunaikan tanggungjawab, memang telah diramal bahawa parti yang mempunyai sokongan akar umbi mempunyai kelebihan, apabila berlaku pertembungan tiga penjuru seperti mana dibuktikan oleh Barisan Nasional. Sebenarnya kaedah ini telah digunakan BN pada PRU-14, akan tetapi dilangkuai oleh tingginya peratusan pengundi atas pagar yang keluar mengundi.
Melawan parti yang mempunyai keahlian yang ramai atau penyokong akar umbi, hanya menerusi peratusan pengundi yang keluar mengundi yang tinggi, seperti mana dibuktikan pada PRU-14.
Pada PRN ke-15 Melaka ini, walaupun BN hanya mendapat 40 peratus undi popular, akan tetapi menang 21 kerusi daripada 28 yang dipertandingan. Kemenangan tersebut adalah kemenangan ¾ bukan kemenangan 2/3.
Kemenangan BN daripada jumlah undi yang tidak sampai separuh daripada seluruh pengundi, akan tetapi daripada segi jumlah kerusi mewakili 75 peratus daripada keseluruhan, ada lah kelemahan First Past The Post System yang diguna pakai dalam sistem demokrasi negara.
Pada PRN ke-15 Melaka, nampak sungguh, persaingan antara PH dan PN, sebagai parti pesaing pada BN, yang datangnya daripada pengundi atas pagar, walaupun terdapatnya calon-calon “heavy weight” daripada PH dan PN yang juga mempunyai penyokong akar umbi seperti calon PN di Dun Tanjong Bidara. Juga kalahnya Pengerusi DAP kalahnya Datuk Idris Haron di Dun Baharu menunjukkan betapa signifikannya penyokong akar umbi pada sesebuah kawasan.
Pada PRN Melaka ini, tersangat jelas, hampir 60 peratus pengundi, mahukan sebuah parti yang boleh mengantikan Barisan Nasional, namun berhadapan dengan kecelaruan memilih, apa kah parti itu PH atau PN.
Penulis nampak, pada PRU-15, apa yang berlaku di Melaka, akan berulang. Makna kata, jika peratusan pengundi rendah, maka kelebihan akan berpihak pada BN. Kelebihan ini, bukan bersandar pada persefahaman seperti Muafakat Nasional (MN), walaupun ianya boleh menjadi pemudah cara, akan tetapi sepenuhnya bergantung pada sokongan akar umbi atau penyokong tegar.
Hakikat perlu diterima, betapa baiknya, betapa hebatnya pendekatan sesebuah parti, betapa hebatnya bantuan atau pembelaan yang dilaksanakan, agar sukar melawan sentimen atau pegangan penyokong akar umbi atau penyokong tegar. Keadaan ini lah berlaku di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Keadaan serupa dibuktikan pada PRN Melaka, bahawa pencapaian Kerajaan PN semasa hampir 2 tahun era pandemik Covid-19, tidak diambil kira penyokong akar umbi atau penyokong tegar BN.
Pada PRN ke-15 Melaka ini, dibuktikan, mana-mana parti yang mengutamakan penyokong akar umbi atau penyokong tegar, adalah suatu jaminan kemenangan. Ada lah pengajaran pada mana-mana parti yang mahu bersaing pada PRU-15 atau PRU-PRU seterusnya, untuk memastikan peluang menang, mengambil tahu penyokong terutama di peringkat akar umbi atau tegar adalah suatu kemastian. Menambah sebanyak mungkin penyokong bukan lagi option akan tetapi suatu kemestian.
Bagi parti-parti yang rendah keahlian, perlu mengambil iktibar pada keputusan PRN Melaka ke-15. Fikir-Fikirkan.