Di Malaysia, dimulakan oleh Sabah apabila dalam tempoh sepenggal berganti 3 kerajaan, kemudian disusuli Kerajaan Persekutuan, dan kini di Melaka. Kecuali Persekutuan, kerajaan ketiga bagi Sabah dan Melaka ditentukan menerusi pilihan raya.
Pada PRN-16 Sabah September tahun lepas, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendapat mandat rakyat Sabah menubuhkan kerajaan negeri.
Untuk negeri Melaka, akan diketahui sebelum tengah malam ini, parti mana akan diberi mandat oleh hampir setengah juta pengundi negeri tersebut.
Pada PRN Melaka ini, hanya ada satu perbezaan yang pertama kali berlaku, bahawa bakal adanya Ketua Menteri Wanita, apabila Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin dinamakan oleh Parti Perikatan Nasional.
Sejak negara merdeka pada tahun 1957, ini lah pertama kali seorang wanita dinamakan sebagai ketua kerajaan.
Pun demikian, merealiasikan seorang wanita bakal dilantik sebagai Ketua Menteri, maka memerlukan parti yang diwakili diberi mandat oleh rakyat Melaka, jika berlaku sebaliknya, ianya hanya menjadi catitan PRN-15 Melaka.
Hari ini, setakat pukul 12 tengah hari, menurut SPR, hanya 36 peratus pengundi Melaka telah menunaikan tanggungjawab, jauh daripada sasaran awal suruhanjaya tersebut, 70 peratus.
Berbagai analisa awal, dikatakan pada PRN-15 Melaka ini, Barisan Nasional (BN) bakal melakar kemenangan, berbanding Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). Jika demikian, maka negeri Melaka, tidak bakal melakar sejarah, negeri pertama mempunyai Ketua Menteri daripada kaum wanita.
Tetapi perlu diingat, PRN-15 Melaka ini, sangat sukar mengetahui kecenderungan para pengundi, akibat SOP ketat yang dilaksanakan SPR. Kerana kekangan tersebut, ada lah sukar menaruh harap pada keputusan bersandarkan pada ramalan awal, seperti mana pada pilihan raya sebelumnya, malah ada yang menganggap, parti yang dikira “underdog” boleh melakar kejutan.
Pengundi Melaka, hakikatnya telah membuat keputusan berbeza dengan kebiasaan, apabila memberi mandat pada PH pada PRU-14, julung kali menolak BN sejak merdeka. Atas sebab itu, tidak mustahil juga pengundi negeri itu akan membuat keputusan berbeza pada PRN kali ini. Pun demikian, sama-sama nantikan keputusan sebelum tengah malam ini. Stay tune!!!!.